• 5 minutes ago
MITI memaklumkan sebanyak 374 syarikat PKS dan syarikat peringkat pertengahan tempatan menerima manfaat daripada Dana Pembangunan Industri Baharu setakat Oktober 2026 bagi menyokong agenda Made by Malaysia dan NIMP 2030.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Sebanyak 374 syarikat perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat peringkat pertengahan tempatan telah menerima manfaat menerusi Dana Pembangunan Industri Baharu
00:10atau NIDF setakat Oktober tahun ini.
00:14Menurut Kementerian Pelaburan Perdagangan Industri Miti, dana tersebut diwujudkan bagi menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu NIMP 2030 dan agenda
00:24Made by Malaysia.
00:28Miti berkata sokongan yang diberikan meliputi usaha meningkatkan keupayaan teknologi, memperkukuh kapasiti pengeluaran dan menggalakkan inovasi dalam kalangan syarikat tempatan.
00:39Inisiatif itu juga bertujuan membantu syarikat membangunkan produk yang mempunyai reka bentuk, teknologi dan harta intelek milik tempatan.
00:47Menurut Miti, program berkenaan memberi peluang kepada syarikat meningkatkan daya saing dan memperluas penyertaan dalam rantaian nilai domestik dan global.
00:56Usaha tersebut teruk membantu syarikat tempatan beralih daripada hanya menjadi pengeluar kepada pemilik teknologi, reka bentuk dan jenama sendiri.
01:05Penjelasan itu diberikan dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan Dato' Ahmad Amzad Mohamed Alaiz Hashim PN Kuala Terengganu
01:13mengenai pelaksanaan agenda Made by Malaysia.
01:16Kerajaan yakin pendekatan itu mampu memperkukuh daya tahan sektor perindustrian negara dan meningkatkan nilai tambah ekonomi Malaysia pada masa hadapan.

Recommended