00:00Seorang pemimpin ajaran sesat Milah Ibrahim didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Manjung pada Rabu atas dua pertuduhan menyebarkan doktrin tidak
00:09benar mengenai agama Islam.
00:11Tertuduh Mazlan Abdul Syukur yang berusia 59 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Muhammad Rizwan
00:22Yusof.
00:23Menurut pertuduhan, lelaki itu telah menghuraikan agama yang berlawanan dengan hukum syarak kepada dua anaknya.
00:30Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Pantai Makmur dekat Pantai Remis antara 11 pagi hingga 12 tengah
00:39hari pada 26 April 2024.
00:42Dia didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah 1962 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara
00:53selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
00:59Dia juga didakwa di bawah Seksyen 15 Enakmen Sama kerana menghina hadis.
01:05Kesalahan itu didakwa dilakukan pada masa tarikh dan alamat yang sama.
01:08Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum dengan hukuman yang sama di bawah Seksyen 9 jika sabit kesalahan.
01:14Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Januari depan untuk pengurusan kes.