• 4 minutes ago
Sijil anggapan kematian mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal dijangka dikeluarkan seawal Disember ini selepas Kementerian Luar menerima dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sijil anggapan kematian mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal dijangka dikeluarkan seawal Disember ini selepas Kementerian Luar menerima
00:10dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa negara berkenaan.
00:13Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri R. Ramanan berkata, Jabatan Pendaftaran Negara JPN akan melaksanakan proses pengeluaran sijil berkenaan sebaik sahaja
00:24menerima dokumen pengesahan daripada Kerajaan Nepal.
00:26Dan sebelum ini sebagaimana semua tahu, 12 tahun adalah masa untuk menunggu sebelum sijil kematian boleh dikeluarkan tetapi sekarang telah
00:37dipendekkan kepada 45 hari seperti yang saya dimaklumkan oleh wakil daripada Kementerian Luar Negeri dan juga Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran
00:47Negara, Datuk Badrul.
00:49So, ini adalah status dia. 45 hari pun sudah habis. Jadi, kita sedang tunggu untuk pihak Nepal untuk mengeluarkan surat
00:58yang akan dibuat, tak silap saya, 1st November.
01:04Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini berkata, urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang
01:14dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu.
01:20Beliau berkata, JPN hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 Akta 299 selepas
01:31pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.

Recommended