Skip to playerSkip to main content
Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Rabu atas pertuduhan membunuh bayi perempuan berusia 16 bulan hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Taufik Salimin.

Tertuduh, Nurul Farhana Laili Shah, 39, faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791691/berita/semasa/nenek-didakwa-bunuh-cucu-tiri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Nenek #CucuTiri
Transcript
00:00Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Magistrat Kota Tinggi pada Rabu
00:04atas pertuduhan membunuh bayi perempuan berusia 16 bulan hujung bulan lalu.
00:10Tertuduh Nurul Farhana Laily Shah, 39 tahun,
00:14faham selepas pertuduhan dibacakan di harapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.
00:18Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan,
00:21keranga kes Seksyen 302 adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:25Mengikut pertuduhan,
00:26dia telah membunuh Nur Anggun Dahlia Abdullah 16 bulan di antara jam 12.30 tengah hari 30 Julai
00:33sehingga 9.30 pagi 31 Julai di nombor 26 Jalan SS6 Palang 13, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
00:42Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
00:46kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak lebih 40 tahun.
00:52Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nur Afiqah Musa
00:55manakala tertuduh diwakili peguam Lidiana Mansur.
00:59Tiada jaminan ditawarkan memandangkan kes bunuh tidak boleh dijamin.
01:0411 Disember ditetapkan untuk sebutan semula kes
01:06sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
01:10Semalam, Sinar Harian melaporkan,
01:12seorang bayi perempuan berusia setahun 4 bulan meninggal dunia
01:15dipercayai menjadi mangsa dera dan bunuh nenek tirinya
01:18yang menjaganya sejak lahir di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, 31 Julai lalu.
01:24Ibu kepada bayi yang tidak saftaraf berusia 18 tahun itu
01:28meninggalkan kanak-kanak malang itu kepada wanita berkenaan
01:31berikutan dia masih menuntut di sebuah kolej vokasional negeri ini.
01:35Ketua Polis Johor, Dato' Abdul Rahman Arsyad berkata
01:39laporan diterima daripada nenek tiri berusia 39 tahun
01:42pada 31 Julai jam 9.30 pagi
01:45yang mendakwa bayi itu tidak sedarkan diri
01:48ketika cuba dikejutkan daripada tidur.
01:51Bagaimanapun, hasil bedah siasat mengesahkan
01:53mangsa mengalami trauma daya tumpul di bahagian dada dan abdomen
01:57berikutan ada kesan lebam pada bayi malang itu.
02:01Bertindak atas laporan itu,
02:02tiga individu ditahan melibatkan ibu mangsa,
02:05nenek tiri dan datuk
02:07namun dua daripadanya dibebaskan
02:09untuk dijadikan saksi pendakwaan.
Comments

Recommended