Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan kerajaan sentiasa melunaskan obligasi hutang termasuk sukuk berkaitan Tabung Haji. Penstrukturan semula sukuk turut membolehkan TH menerima pulangan tahunan yang lebih baik bagi menyokong pembayaran hibah kepada pendeposit.
Transcript
00:00Dalam hari itu, Datuk Seri Amir Hamzah Zizal mengakui kerajaan sentiasa memastikan semua tanggungjawab hutang negara dilunaskan termasuk yang berbentuk
00:08sekuriti kerajaan Malaysia atau MGS dan bil perbendaraan.
00:12Jelasnya komitmen itu turut merangkumi pengurusan sukuk yang diterbitkan oleh Urus Harta Jemaah Sendia Berhad UJSB bagi memastikan kepentingan pendeposit
00:22lembaga tabung haji TH terus terpelihara.
00:26Amir Hamzah menjelaskan perkara itu ketika menjawab kebimbangan yang dibangkitkan Hassan Abdul Karim PH Pasir Gudang mengenai komitmen kerajaan terhadap
00:34jaminan sukuk yang diterbitkan UJSB.
00:36UJSB ditubuhkan pada 14 Disember 2018 sebagai syarikat tujuan khas SPV bagi mengambil alih dan mengurus aset yang diperoleh daripada
00:46tabung haji dalam usaha penstrukturan semula institusi tersebut.
00:49Menurut Amir Hamzah, kerajaan turut melaksanakan penstrukturan semula sukuk TH daripada struktur asal bon kupon sifar kepada sukuk yang memberikan
00:58agihan keuntungan tahunan.
01:00Katanya sukuk yang diterbitkan bernilai RM19.6 bilion tetapi nilai apabila matang adalah RM27.5 bilion dan perbezaan kira-kira
01:10RM8 bilion itu merupakan pulangan kepada tabung haji.
01:14Pulangan tersebut membolehkan TH membiayai pembayaran hibah kepada pendeposit setiap tahun.
01:19Menurutnya, pulangan bagi sukuk pertama adalah sekitar 4.05% manakala sukuk kedua memberikan pulangan sekitar 4.1%.
01:29Amir Hamzah berkata penstrukturan semula itu juga membantu meningkatkan nilai pulangan berbanding sekiranya dana yang sama dilaburkan dalam sekuriti kerajaan
01:37biasa.
01:38Beliau berkata salah satu cadangan yang digariskan dalam laporan RCI ialah supaya pulangan daripada bon kupon sifar diterjemahkan kepada bayaran
01:46tunai yang dapat memberi manfaat lebih langsung kepada TH.
01:50Sesuatu lain itu, kerajaan menukar struktur sukuk pertama dan kedua kepada sukuk yang membuat pembayaran keuntungan secara tahudan.
01:56Katanya, kedua-dua sukuk berkenaan kini menawarkan pulangan sekitar 3.86% lebih tinggi berbanding purata pulangan sekuriti kerajaan yang
02:05berada pada sekitar 3.6%.
02:07Bagi sukuk ketiga pula, TH menerima pulangan tahunan kira-kira RM440 juta sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan institusi tersebut dalam jangka
02:17yang panjang.
Comments

Recommended