Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Bashar al-Assad dan adiknya, Maher, dijatuhi hukuman mati tanpa hadir di mahkamah selepas disabitkan atas kesalahan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan konflik Syria.
Transcript
00:00Mahkamah Syria pada selasa menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas presiden negara itu, Bashar al-Assad dan adiknya, Mahir al-Assad.
00:08Hukuman itu dijatuhkan tanpa kehadiran kedua-duanya atas jenayah terhadap kemanusiaan serta jenayah perang sepanjang konflik Syria selama 14 tahun.
00:19Konflik itu mengorbankan sekitar setengah juta nyawa.
00:22Turut dijatuhkan hukuman mati ialah sepupu Bashar, Atif Najib.
00:25Najib yang juga bekas ketua keselamatan politik di wilayah Dara'a, Syria, ditahan pihak berkuasa Syria pada Januari tahun lalu.
00:33Najib mengetuai tindakan terhadap penunjuk perasaan di Dara'a pada 2011 yang mengakibatkan kematian.
00:39Insiden itu kemudian mencetuskan kebangkitan rakyat yang berkembang menjadi perang saudara di Syria.
00:45Ketika hukuman dibacakan, Najib berdiri di dalam kandang tertuduh dengan memakai pakaian banduan.
00:51Menurut mahkamah, jenayah yang dilakukannya termasuk pembunuhan, pembunuhan sengaja kanak-kanak bawah 15 tahun serta penyiksaan yang menyebabkan kematian.
Comments

Recommended