00:00Seorang aktivis masyarakat didakwa di Mahkamah Session Sepang pada selasa atas pertuduhan menggunakan hantaran komunikasi jelik
00:06menurusi media sosial yang dipercayai mempunyai kaitan dengan institusi diraja.
00:11Islah Wahyudi Zainuddin yang berusia 46 tahun pernah bertanding sebagai calon bebas
00:16bagi kerusi Dun Sri Tanjung pada PRN Negeri Sembilan ke-16
00:20bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Uthman.
00:27Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa menggunakan akaun Instagram bernama Randuk Malaysia
00:31untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik melampau sifatnya kira-kira jam 3.20 petang 14 Januari lalu.
00:39Hantaran berkenaan kemudiannya dikesan dan dilihat per waktu yang sama 24 Januari lalu
00:43di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC di Cyberjaya Selangor.
00:49Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 2331A Akta Komunikasi dan Multimedia 19.08
00:54dan jika sambit kesalahan tertuduh berdepan denda sehingga RM500,000
00:58atau penjara maksimum 2 tahun atau keduanya.
01:02Selain denda tambahan, RM5,000 bagi setiap hari kesalahan dilakukan.
01:07Sementara itu, Timbalan Pendawar Raya MCMC, Fadli Abwahab mencadangkan
01:10jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun
01:13Peguam Aidil Khalid memohon jumlah lebih rendah dikenakan untuk anak guamnya.
01:18Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin
01:21serta menetapkan 22 September ini untuk sebutan semula kes.
Comments