Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
SPRM sedang mempertimbangkan khidmat pakar forensik luar negara bagi membantu siasatan terhadap dapatan RCI Tabung Haji. Setakat ini, 14 kertas siasatan telah dibuka, 115 saksi dirakam keterangan dan tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan.
Transcript
00:00Baik, Suruhanjaya Perjagaan Rasuah Malaysia SPRM sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat bakar forensik luar negara bagi membantu siasatan berhubung dapatan
00:10laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai Lembaga Tabung Haji.
00:14Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, siasatan yang dijalankan melibatkan aspek pelaburan, perjanjian serta kontrak yang memerlukan
00:23pemeriksaan forensik secara terpinci.
00:28Menurut beliau, pemeriksaan tersebut turut melibatkan semakan minit mesyuarat dan pelbagai dokumen berkaitan keputusan pelaburan.
00:35Tambahnya terdapat sejumlah besar dokumen yang perlu diteriti dan dianalisis dalam siasatan itu.
00:42Proses tersebut memerlukan pemeriksaan khusus serta kepakaran tertentu.
00:47Selain itu, perbincangan mengenai perhantikan bakar forensik juga perlu mengambil kira kos yang terlibat.
00:53Pakar-pakar berkenaan katanya akan bekerjasama dengan pegawai pakar SPRM.
00:58Sementara itu, Abdul Halim berkata, sehingga kini, SPRM telah membuka 14 kertas siasatan dan melaksanakan beberapa tindakan pengakuasaan termasuk tangkapan,
01:08reman serta penyitaan.
01:11Beliau berkata, siasatan turut melibatkan pemeriksaan dan penggeledahan di 28 premis.
01:15Seramai 115 saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan di pejabat SPRM,
01:21manakala tujuh individu telah ditahan bagi membantu siasatan, dengan lima daripadanya di reman.
Comments

Recommended