Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Tan Sri Dr Madinah Mohamad mempertahankan keputusan memberikan sijil audit tanpa teguran kepada penyata kewangan Tabung Haji 2017 dengan dua perenggan Emphasis of Matter (EOM). Beliau menegaskan keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan profesional, bukti audit dan piawaian audit antarabangsa yang berkuat kuasa ketika itu.
Transcript
00:00Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mempertahankan keputusannya memberikan sijil audit tanpa teguran terhadap penyata kewangan lembaga
00:09tabung haji bagi tahun 2017 dengan memasukkan dua perenggan Empathise of Matter ataupun EOM dan bukannya mengeluarkan pendapat audit berkelayakan
00:20ataupun qualified opinion.
00:21Madinah yang memegang jawatan Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019 berkata perenggan EOM yang dikeluarkan pada Julai 2018 itu
00:32bertujuan menarik perhatian kepada dua perkara material yang dikenalpasti sepanjang proses audit.
00:40Beliau dalam temubual bersama Berita Harian menjelaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan pertimbangan profesional, bukti audit yang diperoleh serta piawaian audit
00:50antarabangsa yang berkutkuasa ketika itu.
00:53Tambahnya jika dilihat dari sudut perekonan, pengeluaran EOM menunjukkan terdapat perkara dalam penyata kewangan yang memerlukan perhatian.
01:01Suruhan Jaya Sestandir Raja RCI mengenai tabung haji sebelum ini mempersoalkan audit penyata kewangan 2017 dan berpendapat ia tidak sepatutnya
01:11menerima pendapat audit tanpa teguran kerana isu berbangkit berkenaan perlu dianggap sebagai ketidakpatuhan yang serius.
01:20Menurut Madinah, cadangan awal audit adalah untuk mengeluarkan pendapat berkelayakan berhubung polisi susut nilai tabung haji dan kerugian susut nilai
01:29pelaburan berjumlah RM227.81 juta.
01:34Bagaimanapun, selepas beberapa siri perbincangan, termasuk dengan Perdana Menteri ketika itu, Tuan Dr. Mahathir Mohamad, pada 4 Julai 2018,
01:42keputusan akhirnya adalah untuk mengeluarkan pendapat audit tanpa teguran bersama EOM, antara lain mengambil kira potensi kesan terhadap keyakinan para
01:52pendipuzit.
01:53Beliau turut menegaskan bahawa Ketua Audit Negara bertanggungjawab menjalankan tugas secara bebas dan profesional mengikut kehendak Akta Audit 1957 serta
02:03demi menjaga kepentingan awam.
02:05Menurutnya, pengeluaran pendapat audit berkelayakan tanpa menuhi kriteria yang ditetapkan oleh pewaian audit berkaitan boleh menjejaskan integriti proses audit itu
02:16sendiri.
02:17Madinah turut menjelaskan bahawa audit statuari yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara GAN dan semakan kerudukan keuangan Financial Position Review
02:26FPR yang dilaksanakan oleh PWC merupakan dua penugasan yang berbeza dan tidak wajar dibandingkan secara langsung.
02:35Katanya, kedua-dua penugasan itu mempunyai objektif, skop dan mandat yang berbeza.
02:41Audit Jabatan Audit Negara dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Audit 1957 serta pewaian audit yang berkaitan, manakala FPR oleh PWC merupakan
02:51semakan khas berdasarkan terma rujukan yang ditetapkan oleh pihak yang melantiknya.
02:55Beliau memberi contoh isu susut nilai pelaburan di mana audit Jabatan Audit Negara berpandukan Malaysian Financial Reporting Standard MFRS 139
03:05yang berkuat kuasa ketika itu.
03:07Manakala PWC turut mengambil kira FRSIC Consensus 14 yang menurut Institut Accountant Malaysia MIA bukan merupakan pewaian perekaunan mandatori.
03:18Atas sebab itu, beliau berkata kedua-dua penugasan tersebut tidak boleh dibandingkan secara terus.
03:23Dalam pari itu, Madinah turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak dipanggil memberi keterangan kepada RCI Tabung Haji walaupun telah hadir
03:31pada tarikh dan masa yang ditetapkan di Pejabat-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim.
03:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended