Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Platform media sosial akan dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan umur pengguna di bawah cadangan undang-undang baharu Norway.
Transcript
00:00Kerajaan Norway akan meneruskan rancangan menghadkan akses kenak-kenak kepada media sosial sehingga mereka mencapai usia 16 tahun.
00:08Keputusan itu dibuat selepas cadangan berkenaan menerima maklum balas positif daripada Suruhan Jaya Eropah dan pihak berkuasa pengawasan Persatuan Perdagangan
00:16Bebas Eropah, ESA.
00:19Di bawah undang-undang yang dicadangkan mulai 1 Januari, individu hanya dibenarkan mengakses media sosial pada tahun kalender mereka mencapai
00:27usia 16 tahun.
00:29Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga Norway, Lynn Vakslid berkata langkah itu bertujuan melindungi kehidupan digital kanak-kanak.
00:36Hat umur tersebut akan dikuatkuasakan dalam kerangka Akta Perkhidmatan Digital Kesatuan Eropah, DSA.
00:42Menerusi pelaksanaannya, platform media sosial akan bertanggungjawab melakukan pengesahan umur pengguna.
00:48Menurut Kerajaan Norway, arahan e-dagang dan DSA Kesatuan Eropah tidak menghalang negara itu daripada menetapkan hat umur peringkat nasional
00:55selagi tiada kewajipan tambahan dikenakan terhadap penyedia media sosial.
01:00Rang undang-undang berkenaan dijangka dikemukakan kepada Parlimen Norway sebelum akhir tahun ini.
01:05Cadangan itu sebahagian daripada usaha lebih luas untuk menambah baik persekitaran digital kanak-kanak.
01:10Ia termasuk mengurangkan masa skrin dan penggunaan telefon pintar,
01:15memperkukuh pemantauan pemasaran digital yang menyasarkan kanak-kanak
01:18serta mengekang penggunaan telefon bimbit dan jam tangan pintar di sekolah.
Comments

Recommended