Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
SPRM memaklumkan siasatan berhubung pelaburan KWAP setakat ini tidak menemukan sebarang unsur rasuah atau penyelewengan. Namun, siasatan masih diteruskan sementara pihak berkuasa menunggu dokumen kewangan serta bantuan perundangan dari beberapa negara luar.
Transcript
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM setakat ini belum menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan rasuah atau penyelewengan dalam sisatan berhubung pelaburan
00:10kumpulan wang pesaraan diperbadankan ataupun kuop.
00:14Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, bagaimanapun, hasil sisatan menyeluruh hanya dapat diperoleh selepas pihaknya menerima maklumat
00:23serta dokumen kewangan daripada institusi perbankan di luar negara termasuk Singapura dan Indonesia.
00:31Menurut beliau, sehingga Khamis, sebanyak 19 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan dan dirakamkan keterangan mereka.
00:38Mereka terdiri daripada pegawai daripada Kuop, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Kazanah.
00:44Tambahnya, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan kerana siasatan mendapati belum ada keperluan melakukan tangkapan.
00:51Namun begitu, proses penyiasatan masih lagi berjalan.
00:54Mengenai siasatan kes tersebut, beliau berkata pasukan siasatan masih berusaha untuk mendapatkan keterangan saksi-saksi yang telah dikenalpasti berada di
01:04luar negara.
01:05Setakat ini, penyiasatan di peringkat domestik hampir selesai namun SPRM masih menunggu prosedur bagi mendapatkan bantuan perundangan bersama MLA daripada
01:15beberapa negara luar.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended