00:00Seorang pelajar perempuan sebuah kolej dihadapkan ke Mahkamah Magistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan yang baru
00:10dilahirkan minggu lalu.
00:11Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nur Shazwen Muhammad Idris, 19 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Hasidah A.
00:21Rahman kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:25Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah rumah Taman
00:36Setia Mutiara Kluang pada kira-kira jam 10 pagi 29 Julai lalu.
00:41Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:46Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nek Noratimi Nek Aznan yang memaklumkan tiada tawaran jaminan diberikan memandangkan kesalahan itu tidak boleh
00:56dijamin.
00:57Mahkamah kemudian menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan berdah siasat dan kimia.
01:05Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Muhammad Noh dilaporkan berkata seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun yang
01:15sebelum ini direman berhubung kes sama akan dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.
Comments