00:00Agensi Meteorologi Jepun, GMA melaporkan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Kumamoto, Kyushu di selatan Jepun pada selasa.
00:10Media antarabangsa melaporkan kerajaan Jepun mengeluarkan amaran kecemasan gempa bumi membabitkan wilayah di selatan Jepun.
00:18Ia antaranya Kumamoto, Nagasaki, Kagoshima, Fukuka, Saga, Oita dan Miyazaki.
00:24Sementara itu, Kyushu Electric Power memaklumkan tiada laporan mengenai sebarang ketidaknormalan dikesan di loji tenaga nuklear Sendai dan Gengkai selepas
00:34kejadian gempa tersebut.
00:36Pengenali kereta api JR Kyushu pula memaklumkan perkhidmatan tren termasuk tren berkelajuan tinggi Shinkansen dihentikan sementara susulan gempa berkenaan.
00:45Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi MED Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
00:52Sesulan kejadian gempa bumi berkenaan.