Skip to playerSkip to main content
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda menegaskan pihaknya tidak gentar sekiranya perlu kembali menjadi pembangkang jika senario politik semasa menyebabkan Kerajaan Perpaduan kehilangan majoriti di Parlimen.

Menurut beliau, Amanah sudah berpengalaman berada di blok pembangkang, justeru perkara itu bukan sesuatu yang membimbangkan berbanding keperluan memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789809/berita/politik/tak-takut-jika-kembali-jadi-pembangkang---mohd-hasbie

Tonton video penuh di:

YOUTUBE: https://youtube.com/live/VWh2Zl0C9JI?feature=share

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeraniSemuka #Umno #Amanah #Wawasan
Transcript
00:00Dia soal risau tak risau ni tak timbul. Dia soalnya ialah kita berpengalaman, kita selalu jadi pembangkang.
00:08Jadi untuk kembali jadi pembangkang tu bagi kita bukanlah satu yang besar sangat.
00:12Tetapi yang penting bila kita menyebut soal reaksi kepada apa yang dilakukan di peringkat Negeri Sembilan dan Johor itu,
00:21bagi saya kita nakkan kepada satu kepastian.
00:24Sebab bacaan kami bila ada rentetan-rentetan pilihan raya negeri kemudian bertembung,
00:28dia macam yang berlaku pada Muafakat Nasional.
00:31Mereka ditubuhkan 2019, baik menangis-nangis di PWTC dan sebagainya.
00:38Seronoklah kita pun walaupun parti yang berbeza, saya pun seronok.
00:41Walaupun nama anak Haji Hadi itu tak ditarik, tapi sebagai orang Islam,
00:45bila dua parti Mayu yang besar bersama, bagi saya itu satu yang baik.
00:49Tapi tak sampai dua tahun dan perpecahan itu bermula dengan pilihan raya kecil di Johor, di Melaka,
00:56bila mana kedua-dua kabilah besar parti Melayu ini memilih untuk bertembung.
01:00Walaupun di peringkat persekutuan mereka masih kerajaan Muafakat Perikatan Nasional dan Barisan Nasional,
01:07tapi bila mereka bertembung di Johor dan Melaka, mereka berpecah.
01:10Walaupun kekanda saya sebut tadi soal di Borneo itu memang berbeza, GRS dan sebagainya.
01:17Cuma Pakatan Harapan kita tidak bertembung, kita hanya bertembung dengan warisan,
01:22kita bekerjasama dengan GRS dan juga dengan BN.
01:26Cuma saya ingat ada satu dua kerusi yang kita tak dapat selesaikan pada peringkat akhir.
01:31Tapi realiti di Borneo, pertembungan yang berbeza di peringkat persekutuan dan negeri ini bukan baru.
01:36tahun 70-an, 80-an, mereka telah mengambil pendekatan yang sama.
01:41Mereka sama-sama jadi kerajaan di peringkat persekutuan, bersama dalam Barisan Nasional,
01:46tapi di peringkat negeri, di Sabah dan di Sarawak, mereka memang berlawan.
01:50Tapi di Semenanjung, belum pernah lagi ada parti yang bertembung di peringkat negeri,
01:56akan kekal dalam pekerjasama di peringkat persekutuan dan sekiranya Barisan Nasional dan PH
02:02boleh menjayakan untuk tempoh setahun setengah ini, ini ialah rekod kepada politik kita.
02:08Tapi ini satu langkah yang berisiko kerana kita bukan berada pada keadaan geopolitik yang stabil.
02:15Seluruh dunia sedang berhati-hati, kita ambil satu langkah yang untung politiknya kecil.
02:19hanya dapat negeri, hanya mengukuhkan penguasaan di Johor dan Negeri Sembilan.
02:24Tetapi kita mungkin akan korbankan kestabilan di peringkat persekutuan.
02:28Tapi kita pemuda, bila pimpinan utama memberikan signal yang sangat jelas, kita akur.
02:34Kita tidak lagi nak mendesak sebab kita tahu,
02:37akhirnya kestabilan politik itu yang paling mustahak untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Recommended