00:00Polis Belanda menahan tiga remaja dalam satu siasatan berkaitan keganasan yang dijalankan di beberapa bandar awal pagi Rabu.
00:08Pejabat Pendawaraya Kebangsaan Belanda memaklumkan ketiga-tiga suspek yang berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan di Akmar, Eindhoven dan
00:17Rotterdam.
00:20Rekaman daripada sebuah agensi berita tempatan menunjukkan polis melakukan penahanan terhadap suspek kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
00:28Ketiga-tiga mereka akan dibawa ke hadapan magistrat pada Jumaat bagi proses lanjut.
00:33Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai siasatan termasuk dakwaan atau bentuk ancaman yang dikaitkan dengan kes berkenaan.