00:00Baik, Pengurusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zai Hamidi menegaskan manifesto BN akan kekal menjadi panduan utama sekiranya diberi mandat
00:08membentuk Kerajaan Negeri Sembilan bersama Perikatan Nasional.
00:12Beliau berkata BN dan PN tidak mempunyai perjanjian atau kerjasama rasmi, sebaliknya hanya berlandaskan persefahaman politik.
00:21Menurutnya manifesto BN akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat oleh rakyat, manakala perkara yang terkandung dalam manifesto rakan kerjasama akan dipertimbangkan
00:31serta diselaraskan mengikut kesesuaian.
00:33Ya, kita tidak ada perjanjian, kita tidak ada kerjasama secara resmi, kita cuma ada persefahaman.
00:42Artinya manifesto BN adalah untuk BN dan kita akan laksanakan jika mandat dapat diberikan semula nanti dan tentunya kita akan
00:54rangkul sekali apa yang tersurat dan tersirat daripada rakan-rakan yang lain.
01:01Dan saya fikir tidak ada sebarang permasalah yang timbul jika pelaksananya dibuat kerana kita mencakupi semua lapisan masyarakat di Negeri
01:12Sembilan.
01:13Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas ceramah umum BN doncuah di Port Dickson pada Rabu.
01:20Beliau menyifatkan hubungan BN dan PN sebagai satu kerjasama yang saling melengkapi malah yakin kedua-dua pihak mampu bergerak seiring
01:29tanpa perbezaan yang menjejaskan pentadbiran.
01:32Ahmad Zahid mengulas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan manifesto mana akan digunakan sekiranya BN dan PN
01:41membentuk kerajaan negeri selepas peleraya Negeri Sembilan ke-16.
01:44Ketika berkempen di Linggi pada Selasa, Muhyiddin mempersoalkan bagaimana dua manifesto berasingan boleh dilaksanakan secara serentak sambil menyifatkan keadaan itu
01:55boleh menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti kerjasama antara kedua-dua gabungan.
02:00Terima kasih telah menonton!