Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Seramai 12 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan memanipulasi Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi mendapatkan kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.
Transcript
00:00Sindiket dipercayai memanipulasi sistem imigresen Malaysia bagi mendapatkan kelurusan pas lawatan kerja sementara PLKS secara tidak sah terbongkar selepas 12
00:11individu ditahan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM.
00:15Suspek terdiri daripada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia, dua pengarah syarikat, warga asing, pegawai teknologi maklumat imigresen serta seorang anggota polis.
00:26SPRM memelumkan siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai membayar rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 bagi setiap permohonan PLKS
00:36yang diproses tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
00:40Kesemua suspek ditahan dalam operasi bersepadu bersama imigresen di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang sebelum dibawa ke Mahkamah Magistret
00:47Putrajaya untuk perintah reman.
00:49Dalam operasi itu, SPRM turut menyita wang tunai, mata wang asing, barangan kemas serta peralatan elektronik.
00:57Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Recommended