Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Usaha pemuliharaan hidupan liar di China membuahkan hasil apabila seekor harimau Siberia liar berjaya membesarkan kesemua 13 anaknya hingga dewasa.
Transcript
00:00Seekor harimau Siberia betina mencipta rekod pembiakan luar biasa sepas berjaya membesarkan 13 anak di Taman Negara Harimau dan Harimau
00:09Bintang Timur Laut Cina.
00:11Harimau berkenaan memasuki kawasan hutan Hunchun di wilayah Jilin sebelum mendapat pelindungan menerusi usaha pemuliharaan Taman Negara itu.
00:21Sejak itu ia melahirkan empat kumpulan anak antara 2019 hingga 2025 dengan kesemua 13 anak berjaya hidup sehingga dewasa.
00:31Penyelidik tempatan percaya harimau betina itu mungkin antara induk harimau Siberia lia paling berjaya dari segi pembiakan.
00:39Kejayaan itu disifatkan sebagai hasil usaha pemuliharaan yang membantu melindungi habitat serta meningkatkan populasi harimau Siberia di kawasan terbabit.
00:49Terima kasih kerana menonton!

Recommended