Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
RCI Tabung Haji mendapati beberapa keputusan penting membabitkan hibah, bayaran haji dan subsidi haji dipengaruhi unsur politik sepanjang tempoh siasatan. Suruhanjaya turut menegur Jabatan Audit Negara kerana dianggap tidak cukup tegas dalam mengendalikan isu kewangan yang dibangkitkan dalam audit Tabung Haji 2017, termasuk pemberian Sijil Audit Bersih walaupun terdapat penemuan material yang memerlukan perhatian lanjut.
Transcript
00:00Dalam pada itu, RCI Tabung Haji mendapati beberapa keputusan penting institusi itu termasuk melibatkan hibah, bayaran haji dan subsidi haji
00:09dipengaruhi unsur politik.
00:11RCI turut berpandangan Jabatan Audit Negara sepatutnya mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu kewangan yang dibangkitkan dalam Audit Tabung Haji
00:19bagi tahun 2017.
00:22Menurut laporan RCI, perlibatan ahli politik dalam pengurusan tabung haji telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti institusi
00:33itu.
00:34Suruhan jaya mendapati beberapa keputusan penting termasuk agihan hibah, bayaran haji dan bantuan kewangan haji atau hafiz dibuat dengan mengambil
00:43kira unsur politik.
00:44Sehubungan itu, RCI mengesyorkan ahli politik aktif tidak lagi dilantik sebagai pengurusi atau anggota lembaga tabung haji serta anak-anak
00:53syarikatnya.
00:54Pada masa sama, Suruhan jaya turut menegur Jabatan Audit Negara berhubung Audit Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun 2017.
01:02RCI berkata walaupun beberapa isu penting dibangkitkan dalam laporan audit, tabung haji masih menerima sijil audit bersih.
01:09Menurut Suruhan jaya, tanpa sijil audit bersih itu, tabung haji tidak sepatutnya mengisytiharkan hibah tahunan sebanyak 4.5% dan
01:18hibah haji 1.75% yang melibatkan pembayaran kira-kira RM2.75 bilion pada tahun berkenaan.
01:26Bagi mengelakkan perkara sama, RCI mengesyorkan reformasi tatbik urus termasuk pelantikan anggota lembaga berdasarkan kelayakan profesional serta pengurusan dana dan
01:36pelaburan yang bebas daripada pengaruh politik.
01:40Terima kasih telah menonton!

Recommended