00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendapatkan dokumen berkaitan pelaburan kumpulan wang persaraan diperbadankan atau KWAP dalam e-fisheri dari Dubai,
00:11Singapura dan Indonesia menerusi proses bantuan perundangan bersama atau MLA.
00:17Ketua Pesuruhjaya SPRM Abdul Halim Aman berkata pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Peguam Negara bagi melaksanakan proses itu selepas percaya
00:28dokumen berkaitan pelaburan berkenaan berada di luar negara.
00:33Setakat ini SPRM telah mengambil keterangan 20 saksi termasuk pegawai KWAP, Kementerian Keuangan, Ahli Jawatan Kuasa Pelaburan KWAP dan Panel
00:44Pelaburan selain hanya meneliti dokumen diperoleh daripada KWAP serta MOF.
00:51SPRM turut memohon kerjasama Bank Negara Malaysia untuk mengesan kedudukan kewangan syarikat berkaitan di Indonesia dan Singapura serta menyemak laporan
01:00transaksi tunai dan transaksi mencurigakan.
01:03KWAP melabur RM47.7 juta dalam e-fisheri pada Julai 2023 manakala syarikat itu kini sedang berusaha mendapatkan semula RM163
01:16.4 juta yang dilaburkan selepas pelaburan berkenaan didakwa melibatkan penipuan terancang.