00:00Perancangan Bersatu membentuk gabungan baru selepas PRN Negeri Sembilan sukar menarik pengundi
00:06melainkan mendapat dukungan parti politik besar lain, kata penganalisis.
00:12Shahzah Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata,
00:16Bersatu memerlukan lebih daripada sekadar himpunan parti kecil untuk mengukuhkan kedudukannya
00:22sebagai alternatif politik yang boleh dipercayai.
00:26Sebelum ini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan perancangan untuk membentuk gabungan politik baharu
00:33dengan mengintai kerjasama parti seperti Putra, Pimpinan Ibrahim Ali dan Urimi, Pimpinan Pira Masami
00:39selepas menggambarkan Perikatan Nasional kini toksik apabila diketua IPAS.
00:45Shahzah berkata cadangan gabungan baharu itu berdepan cabaran mewujudkan identiti politik tersendiri
00:51namun percaya Bersatu mampu meraih sokongan menerusi naratif penentangan konsisten terhadap barisan nasional
00:59serta tumpuan kepada pengundi India selain Melayu yang tidak berpuas hati dan dengan UMNO dan PAS.
01:05Sementara itu Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan,
01:10Muhyiddin masih tokoh kebangsaan yang signifikan,
01:13manakala parti seperti Muda, Parti Bersama Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia
01:19berkemungkinan lebih kuat sekiranya berada dalam gabungan besar di bawah bersatu.