Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Penyelesaian itu merangkumi kira-kira 69,000 kes dan 99.75 peratus daripada baki tuntutan berkaitan produk talkum J&J.
Transcript
00:00Johnson & Johnson atau JNJ mencapai penyelesaian bernilai 55 bilion dolar Amerika bagi menamatkan puluhan ribu saman yang mendakwa bedak
00:10bayi dan produk berasaskan talkem keluarannya menyebabkan kanser ovari.
00:15Dalam satu kenyataan JNJ berkata penyelesaian itu melibatkan kira-kira 69,000 kes yang disatukan di Mahkamah Persekutuan serta beberapa
00:25kes berkaitan di Mahkamah Negeri.
00:29Menurut syarikat berkenaan, persetujuan tersebut merangkumi 99.75% daripada baki tuntutan berkaitan produk talkomnya.
00:38Firma guaman yang mewakili pihak plentif turut mengesahkan persetujuan itu pada Isnin dan menyifatkannya sebagai penyelesaian yang baik selepas pertikaian
00:46undang-undang selama sedekat.
00:48Perkembangan itu menyusuli kemenangan penting JNJ di Mahkamah pada minggu lalu apabila seorang hakim persekutuan mempersoalkan keupayaan plentif untuk membuktikan
00:57bahawa talkom secara khusus menyebabkan kanser ovari mereka.
01:01JNJ secara konsisten menafikan dakwaan bahawa produk talkomnya menyebabkan kanser.
01:06Syarikat itu menegaskan talkom yang digunakannya selamat dan tidak mengandungi asbestos.
01:11JNJ menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkom di Amerika Syarikat pada 2020 dan menggantikannya dengan produk berasaskan kanji jagung.
01:20Prosedur litigasi berkenaan disambung semula pada Mac 2025 selepas ditangguhkan selama lebih 3 tahun susulan beberapa percubaan JNJ yang gagal
01:29untuk menyelesaikan saman itu melalui proses kebengkerapan sebuah syarikat berasingan.

Recommended