Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Nigeria menggesa Afrika Selatan memperkukuhkan tindakan bagi mengekang serangan xenofobia terhadap rakyat Nigeria dan migran Afrika lain susulan insiden keganasan yang semakin membimbangkan. Abuja turut mempersoalkan keberkesanan respons pihak berkuasa selepas beberapa serangan dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya empat individu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Transcript
00:00Nigeria menggesa supaya Afrika Selatan segera memperkukuhkan usaha bagi membendung serangan xenofobia terhadap rakyatnya serta migren Afrika lain yang menetap
00:10di Afrika Selatan.
00:12Gesaan disuarakan Menteri Hal Ehwal Luar Nigeria, Sola Eni Kanolai, ketika pertemuan bersama delegasi Afrika Selatan yang diketuai utusan khas
00:21serta Menteri Hubungan Antarabangsa Afrika Selatan, Ronald Lamola.
00:25Antara lain, Presiden Persidangan membincangkan isu serangan yang dilabel sebagai Afropobia.
01:01Sementara itu, Sola turut menegaskan kegagalan mengekang insiden berkenaan berpotensi menimbulkan persoalan mengenai tahap keberkesanan tindakan Kerajaan Afrika Selatan dalam
01:12menangani isu tersebut.
01:14Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kumpulan vigilante yang diwakili orang awam di Afrika Selatan dilapor melancarkan beberapa serangan terhadap warga
01:23asing selain merompak premis perniagaan milik mereka.
01:27Sebagian masyarakat tempatan juga menyalahkan pendatang asing terhadap pelbagai masalah domestik termasuk jenayah dan kadar pengangguran yang tinggi.
01:36Keganasan yang kini berlarutan sudah berbulan-bulan juga dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat individu.
01:44Terima kasih.
Comments

Recommended