00:00Kementerian Pendidikan KPM akan memulakan program reformasi sekolah bermula minggu depan dalam usaha memperkukuh mutu pendidikan, profesionalism guru dan kemenjadian
00:10murid.
00:10Menurut Menteri Pendidikan Fadina Siddiq, buat permulaan 10 sekolah di setiap daerah seluruh negara akan dipilih sebagai perintis.
00:20Setiap daerah akan memilih 5 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah dengan setiap sekolah ditawarkan peruntukan sehingga RM100,000.
00:29Tuan-tuan dan perempuan, kita juga telah memulakan dan mulai minggu hadapan akan bermulanya satu lagi program penting yang terkait
00:39dengan reformasi sekolah.
00:41Seperti mana yang telahpun diumumkan, setiap daerah akan diangkat 5 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah yang harus menjadi sebuah
00:55sekolah yang diangkat menjadi sekolah terbaik di daerah masing-masing.
01:00Jadi saya berkesempatan untuk melalui sesi-sesi bersama sekolah-sekolah ini dan nampaknya masing-masing cukup bersemangat kerana tawaran kita
01:11itu adalah sehingga ataupun up to RM100,000 untuk setiap sekolah ini
01:15untuk melakukan perubahan-perubahan dan reformasi di dalam sekolah dengan jauh lebih baik mengangkat mutu pendidikan, mengangkat kemenjadian dan mengangkat
01:28profesionalisme dan kepakaran guru-guru kita
01:31berdasarkan kepada pakej ataupun tawaran-tawaran dan juga persetujuan dan hasrat mereka untuk melihat reformasi sekolah ini berjalan dengan sangat
01:44baik.
01:45Beliau berucap pada pimpunan bulanan KPM di Putrajaya pada Selasa, mengulas lanjut bila menegaskan reformasi yang dimaksudkan bukanlah sekadar menaik
01:53taraf kemudahan fizikal sekolah
01:55sebaliknya membabitkan perubahan menyeluruh terhadap budaya kerja, ekosistem dan cara berfikir seluruh warga sekolah.
02:02Menurut beliau lagi, reformasi itu turut memberi penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran, kesejahteraan warga sekolah, kesihatan mental serta usaha
02:12menangani isu buli secara menyeluruh.
Comments