Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan pihak pentadbiran sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata untuk menjaga imej institusi.
Transcript
00:00Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan pihak pentadbiran sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata untuk menjaga imej institusi.
00:08Berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan KPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,
00:14walaupun keadaan dilihat semakin mereda, kejadian buli sama ada kecil atau besar masih berlaku dan perlu ditangani segera sebelum menjadi
00:22budaya yang mencetuskan keganasan.
00:24Dan saya melalui ruang ini mengingatkan pengetua, guru besar ambil ini sebab itu sikap yang sangat penting, utama.
00:37Bukan itu, tidak bermakna seorang ada satu kes berlaku heboh, heboh satu negara, tidak bermakna sekolah itu gagal.
00:48Dia betul sahabat-sahabat sementara, tapi saya tidak mewakil pandangan itu.
00:54Kalau guru besar itu memilih untuk menedahkan, saya hormat dia kerana dia tidak cuba melindungi.
01:00Ini nak jaga imej sekolah, nak jaga prestasi sekolah, nak jaga, iyalah, kununya, jangan ada pandangan negatif.
01:11Jadi anak di dera, kita nak tanggung dosa itu. Sebab itu, saya minta supaya ada perubahan.
01:20Anwar berkata, pengetua dan guru besar perlu menjadikan usaha membanteras buli sebagai keutamaan selain memastikan kebajikan serta keselamatan murid sentiasa
01:29dipelihara.
01:30Menurutnya, beliau menghormati pentadbir sekolah yang berani meredahkan sesuatu kes tanpa cuba melindunginya demi menjaga nama baik sekolah.
01:37Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa kemudahan asas di sekolah seperti tandas yang bersih dan selamat juga perlu diberikan perhatian serius
01:45kerana ia memberi kesan langsung kepada kesejahteraan murid.
01:49Anwar berkata, beliau sendiri sentiasa mendapatkan maklum balas secara telus daripada pelajar ketika bertemu dengan golongan itu semasa solat Jumat
01:56setiap minggu bagi mengetahui keadaan sebenar di lapangan.
01:59Menurutnya, pandangan pelajar seringkali lebih jujur berbanding laporan rasmi yang diterima daripada pelbagai peringkat pentadbiran.
02:07Terima kasih.
Comments

Recommended