00:00Pendekatan pembangunan ekonomi hari ini tidak lagi boleh dinilai hanya berdasarkan pembinaan jalan raya atau kemudahan fizikal semata-mata.
00:08Sebaliknya, Pensyarahkanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Yusim, Dr. Umi Hamidatun Sofian Li berkata,
00:15kejayaan pembangunan perlu diukur melalui impaknya terhadap ekonomi setempat termasuk kualiti pekerjaan, peningkatan pendapatan dan peluang ekonomi yang dinikmati oleh
00:24rakyat.
00:25Banyak lagi aspek lain sebenarnya yang boleh kita measure, yang boleh kita lihat.
00:30Mungkin contohnya yang saya boleh highlightkan di sini adalah kualiti pekerjaan.
00:34Maksudnya hari ini adalah kita bukan melihat sebanyak mana penawaran pekerjaan diberikan kepada masyarakat setempat misalnya.
00:42Sekarang ini kita bercerita tentang warga di Negeri Sembilan.
00:44Tetapi kita melihat ukuran berapakah gaji yang ditawarkan dan adakah pekerjaan yang ditawarkan itu adalah pekerjaan yang berkualiti,
00:54yang mampu untuk menyumbang kembali kepada pembangunan sektor ekonomi di Negeri Sembilan.
01:00Selain itu, kejayaan pelaburan yang dibawa masuk menerusi Malaysia Vision Valley 2.0, MVV 2.0 juga tidak seharusnya diukur
01:07berdasarkan nilai pelaburan semata-mata.
01:10Namun kejayaan sebenar ialah apabila manfaat pelaburan itu dapat dirasai oleh seluruh daerah di Negeri Sembilan,
01:16bukannya hanya tertumpu di beberapa kawasan tertentu.
01:19Selain menarik pelaburan baru, perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS juga perlu diperkasakan supaya mampu menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi
01:27yang diwujudkan.
01:29Menurutnya penyertaan PMKS dalam rantai yang bekalan akan membolehkan lebih banyak manfaat ekonomi disalurkan kepada komuniti setempat,
01:36selegus mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negeri.
01:40Beliau terus berpandangan bahawa setiap daerah di Negeri Sembilan mempunyai kelebihan yang boleh dibangunkan melalui pendekatan pengkhususan ekonomi.
01:48Sebagai contoh, lenggeng, kolopilah dan jempol mempunyai potensi besar dalam sektor agro pelancongan,
01:54pelancongan berasaskan alam semula jadi, serta aktiviti rekreasi yang mampu menarik lebih ramai pelawat dan merancakkan ekonomi tempatan.
02:01Terima kasih kerana menonton!
Comments