Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan sekiranya Malaysia mahu diangkat martabatnya sebagai sebuah negara yang hebat di persada global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan di majlis sama, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan sekiranya
00:06Malaysia mahu diangkat matabatnya sebagai sebuah negara yang hebat di persadar global.
00:11Beliau berkata walaupun bahasa Melayu kekal sebagai bahasa ilmu yang wajib dikuasai, kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi global tidak
00:19boleh diabaikan.
00:23Jadi bahasa Melayu dan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.
00:28Tapi dalam negara seperti ini, apa ruginya, apa bercanggahnya kalau kita berikan ruang secukupnya untuk anak-anak kita untuk menguasi
00:41bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab atau ada yang nak pilih bahasa Perancis dan lain-lain.
00:47Dan sekarang umpamanya dengan perkembangan ekonomi Cina, Rusia, itu ramai berpendapat penguasaan bahasa-bahasa Inggeris juga penting.
00:58Jadi sikap kita itu lebih terbuka, lebih inklusif.
01:04Dan ini dasarnya bunyi enak tetapi melaksanakan sokat.
01:10Kalau kita sebut bahasa Cina, maknanya latihan, setiap perguruan, kemudian penyediaan kurikulum, kemudian penyediaan guru, ini semua mengambil masa.
01:22Tetapi harus ada tekad yang jelas.
01:25Saya tahu ini akan jadi polemik politik yang tidak berkesudahan.
01:28Tetapi saya menyeru kepada rakan-rakan di kementerian ini, termasuk guru-guru, untuk faham.
01:37Tidak ada maksud sama sekali untuk kita meremehkan bahasa.
01:42Seluruh hidup saya daripada PBM UM Universiti Melayu sampai sekarang, saya tidak berganjak.
01:50Tapi saya juga tahu saya tidak mungkin mengajar di Washington DC kalau tidak saya menguasai bahasa Inggeris.

Recommended