Skip to playerSkip to main content
  • 30 minutes ago
Amerika Syarikat akan memimpin pusingan baharu rundingan antara Israel dan Lubnan di Rome minggu depan bagi memperkukuh pelaksanaan perjanjian keselamatan yang dimeterai pada Jun lalu.

Perbincangan akan memberi tumpuan kepada isu sempadan, peluasan zon keselamatan dan usaha mencapai keamanan yang lebih berkekalan.
Transcript
00:00Amerika Syarikat akan mengetuai satu lagi pusingan-rudingan antara Israel dan Lubnan di Rome minggu depan bagi memperkukuhkan pelaksanaan Perjanjian
00:09Keselamatan yang dimeterai bulan lalu.
00:12Menurut Pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat, kumpulan kerja teknikal akan bersidang bermula 4 hingga 8 Ogos depan.
00:21Perbincangan dijangka memberi tumpuan kepada pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Rangka Kerja yang ditanda tangan Israel dan Lubnan pada Jun lalu.
00:30Antara isu yang akan dibincangkan termasuk peluasan kawasan perintis keselamatan, penyelesaian pertikaian sempadan serta usaha memetrai perjanjian damai dan keselamatan
00:40yang lebih menyeluruh.
00:42Dalam pada itu, Washington menyifatkan pelaksanaan awal Perjanjian Keselamatan di Selatan Lubnan sebagai langkah penting untuk memulihkan kuasa kerajaan Lubnan
00:50dan membina keyakinan antara pihak terlibat.
00:53Pada Jun lalu, Israel dan Lubnan menandatangani perjanjian yang memperuntukkan pengunduran berperingkat tentera Israel dari wilayah Lubnan yang diduduki.
01:03Bagaimanapun, pelaksanaan penuh perjanjian itu bergantung kepada penempatan tentera Lubnan di kawasan terbabit dan pelucutan senjata kumpulan bersenjata termasuk pejuang
01:13Hezbollah.
01:13Terima kasih.
Comments

Recommended