00:00Pakatan Harapan PH menggesa kerajaan mempertimbangkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berkaitan tabung haji kepada umum demi kepentingan rakyat.
00:11Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadil, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Syarizan Johan dan Timbalan Setiausaha Agung Keadilan Saifuddin
00:21Syafi'i Muhammad berkata,
00:22isu tersebut perlu dibincangkan oleh Kabinet dengan mengambil kira prinsip ketelusan dan accountability serta mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.
00:30Sebelum ini, Menteri di Jabatan Pendana Menteri Hal Ehwal Agama Sen. Dr. Zulkifli Hassan memaklumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan
00:38untuk mendedahkan laporan RCI tabung haji yang telah selesai kepada umum.
00:42Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO Dr. Ahmad Saleh menggesa laporan berkenaan didedahkan.
00:46Manakala Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhammad Hassan berkata, perkara tersebut perlu diputuskan oleh Jemaah Menteri.
00:53PH berpandangan rakyat berhak mengetahui fakta sebenar berkaitan isu berkenaan supaya segala persoalan yang timbul dapat dijelaskan berdasarkan laporan rasmi.
01:03Menurut PH, pendedahan laporan itu juga penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi berkaitan terus diperkukuh melalui amalan takbir urus
01:13yang telus dan bertanggungjawab.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments