Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah di Narathiwat susulan serangan maut yang mengorbankan lima anggota renjer pada Rabu lepas.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Thailand mengisytiharkan pelaksanaan Undang-Undang Tentera di 13 daerah di Naratiwad, sesudahan serangan maut yang mengorbankan 5 anggota
00:09Ranger pada Rabu lepas.
00:11Pelaksanaan Undang-Undang itu juga memudahkan operasi memburu suspek dan memperketat kawalan keselamatan di wilayah bergolak itu.
00:20Panglima Tentera Naratiwad, Major General Yod Arwood Puengpak berkata langkah itu membolehkan pasukan keselamatan mengesan, mengepung dan menahan suspek dengan
00:28lebih berkesan.
00:30Dalam menjalankan tugas, pegawai dibenarkan menggunakan senjata api sekiranya berdepan individu yang disyaki boleh mengancam keselamatan anggota yang bertugas.
00:38Pihak tentera turut diberi kuasa mengadakan sekatan jalan raya pada bila-bila masa di seluruh Naratiwad jika suspek dipercayai berada
00:46di kawasan berkenaan.
00:48Perintah Undang-Undang Tentera itu berkuat kuasa serta marta sehingga dimaklumkan kelak.
00:51Pada Rabu, enam suspek bertopeng dan berpakaian gelap melepaskan tembakan serta melontar bom pipe ke arah pusat pemeriksaan keselamatan kira
01:00-kira 6.45 petang waktu tempatan di Bukit Sami, daerah Rangai.
01:05Serangan itu turut mengorbankan lima anggota ranger dan mencederakan enam orang awam termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended