Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menggesa penduduk di negara-negara jiran supaya menjauhi pangkalan tentera Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Korp Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC menggesa penduduk di negara-negara jiran supaya menjauhi pangkalan tentera Amerika Syarikat.
00:09Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi televisyen kerajaan Iran, IRGC turut menggesa meminta orang ramai melaporkan lokasi penempatan tentera Amerika Syarikat
00:19kepada pasukan itu.
00:23Sementara itu, beberapa siri dutupan kedengaran berhampiran pangkalan tentera yang menempatkan pasukan Amerika di utara Irak.
00:30Sementara siren dibunyikan di Bahrain pada Jumaat, beberapa jam selepas tentera Amerika mengumumkan tamatnya serangan malam ke-13 terhadap Iran.
00:38Konflik kembali memuncak sejak seminggu lalu apabila Amerika Syarikat melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Iran.
00:44Manakala Teheran pula menyerang kapal-kapal di selat Hormuz serta menyasarkan aset dan sekutu Amerika di rantau tersebut.
00:51Selat itu yang merupakan laluan penting bagi bekalan tenaga dunia menjadi tumpuan utama pertempuran terkini.
00:57Serangan Iran berupaya menutup laluan air tersebut sekaligus menyebabkan harga bahan api melonjak di seluruh dunia dan mencetuskan kekacauan ekonomi
01:06yang meluas.
01:07Kumpulan pemberontak Hoti turut meningkatkan tekanan minggu ini dengan menyasarkan dua kapal tangki Arab Saudi di Laut Merah.
01:14Sekaligus melaksanakan ancaman untuk memintas laluan alternatif bagi penghantaran minyak dari rantau itu.
01:20Walaupun perang ini tidak mendapat sokongan ramai di Amerika Syarikat serta menyebabkan kerosakan meluas di Iran dan ekonomi global,
01:27tiada jalan penyelesaian jelas kelihatan bagi pusingan pertempuran terkini ini.
01:32Kementerian Kesehatan Iran menyatakan bahawa 55 orang terbunuh dan lebih 600 lagi cedera akibat serangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
01:40Susulan peningkatan ketegangan pertempuran.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended