Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah susulan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Transcript
00:00Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah dalam isiden pergaduhan yang membabitkan sekumpulan pelajar di Seri
00:09Kembangan Selangor baru-baru ini.
00:11Jabatan Pendidikan Negeri JPN Selangor memberitahu pihaknya memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku
00:19atau keganasan yang membabitkan warga sekolah.
00:24Menurut kenyataan itu, kes terbabit kini dalam siasatan polis dan pihaknya memberi kerjasama penuh bagi membantu proses siasatan.
00:32Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih.
00:38Kata kenyataan itu, perbuatan menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur yang terlibat dalam kes ini adalah salah di bawah perutukan
00:45undang-undang.
00:46Pada masa sama, JPN Selangor memaklumkan intervensi melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling turut dilaksanakan terhadap murid yang terlibat bagi membantu
00:56mereka menangani kesan insiden tersebut.
00:58Terlebih dahulu, media melaporkan beberapa individu ditahan selepas seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya didakwa dipukul di hadapan
01:07sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seri Kembangan pada 3 Julai lalu.
01:10Mereka direman di Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat.
Comments

Recommended