00:00Laksamana Muda Jamaluddin Sairi mengambil alih tugas sebagai Panglima Wilayah Laut 2 ke-36 daripada Laksamana Muda Ivan Mario Andrew
00:10hari ini
00:10antara tumpuan utamanya memperkukuh pengoperasian aset tentera laut diraja Malaysia TLDM di Perairan Sabah.
00:19Pada masa sama memastikan kebajikan warga TLDM serta aktiviti badan kebajikan keluarga Angkatan Tentera diperkukuh.
00:29Fokus saya adalah untuk memantapkan lagi pengurusan semua aspek terutama dari segi aspek pengoperasian aset-aset kita di kawasan Sabah
00:43terutamanya di kawasan di bawah tanggungjawab Markas Wilayah Laut 2.
00:47Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Azim Markas Wilayah Laut 2 Sandakan disaksikan Panglima Armada Timur
00:54Laksamana Madya Datuk Hir Junaidi Idris.
00:58Sementara itu Ivan Mario yakin Markas Wilayah Laut 2 akan terus maju di bawah kepimpinan Jamaluddin
01:04yang disifatkannya sebagai pegawai berpengalaman dan berkaliber.
01:09Beliau turut memberi jaminan bahawa TLDM sentiasa komited melindungi Perairan Sabah.
01:14Saya hanya menyuruh kepada semua pelawat jangan risau perairan Sabah amat terlindung dengan adanya TLDM
01:23dan kapal-kapal TLDM yang sentiasa melindungi perairan sekitar Sabah.
01:29Jamaluddin pernah berkhidmat sebagai timbalan Panglima Wilayah Laut 2 selain memegang jawatan penting dalam TLDM.
01:37Ivan Mario pula akan menamatkan perkhidmatan pada 7 Ogos ini.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments