00:00Pelaburan Jepun yang diluluskan dalam sektor pembuatan elektrik dan elektronik E&E bagi tempoh 2021 hingga 2025 telah mencecah RM10
00:09.5 bilion yang melibatkan 46 projek.
00:13Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI berkata pelaburan itu dijangka mewujudkan 9,009 peluang pekerjaan baru
00:21manakala dua projek infrastruktur digital di bawah skim percutan ekosistem digital atau design bernilai RM1.79 bilion dijangka berupaya menjana
00:3080 lagi pekerjaan.
00:34Menurut MITI, pelaburan dari Jepun dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2027.
00:41Kementerian itu berkata pelaburan berkenaan akan merangsang industri bernilai tambah tinggi, meningkatkan produktiviti, ekspor dan daya saing Malaysia.
00:48Pada masa sama ia turut membuka peluang perniagaan kepada vendor tempatan melalui pembekalan bahan mentah, mesin peralatan serta perkhidmatan berkaitan
00:56pembuatan.
00:57Selain itu, penglibatan syarikat multinasional Jepun dalam rantaian bekalan tempatan akan memperkukuh perusahaan kecil dan sederhana menerusi pemindahan teknologi,
01:06automasi dan penerapan piawaian pengeluaran bertaraf tinggi.
01:10Usaha itu turut menyokong sasaran pelan induk perindustrian baharu 2030 untuk mengwujudkan 3,000 kilang pintar dengan Pulau Pinang, Selangor,
01:18Johor, Kedah dan Melaka dijangka menerima manfaat terbesar.
01:22Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan senyata Datuk Dr. Mustafa Musa
01:28mengenai impak pelaburan langsung asing Jepun dalam sektor digital, kecerdasan buatan dan pembuatan elektronik.
01:34Terima kasih.
Comments