00:00Seterusnya, Ketua Baru Pasukan Pejuang Hamas Khalil Al-Hayam menggesa pihak pengantara mempercepatkan pelaksanaan fasa kedua, Pelan Damai Gaza yang
00:09dicadangkan Amerika Syarikat.
00:11Dalam ucapan sulungnya sebagai pemimpin Hamas, Khalil turut menyeru Dialog Nasional melibatkan semua rakyat Palestine bagi membentuk perkongsian politik yang
00:20lebih menyeluruh.
00:24Khalil yang dilantik sebagai pemimpin Hamas pada 20 Julai lalu menggantikan Yahya Sinwar yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel
00:32pada Oktober 2024.
00:35Beliau sebelum ini turut menjadi antara pemimpin kanan Hamas yang didakwa menjadi sasaran serangan Israel di Doha Qatar pada tahun
00:422025.
00:43Dalam ucapannya, Khalil menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan proses politik bergerak ke arah penyelesaian yang lebih menyeluruh termasuk pelaksanaan
00:52fasa kedua, Pelan Damai yang sedang dirundingkan.
00:56Walaupun pertempuran utama di Gaza berkurangan selepas kejataan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat pada Oktober lalu, keadaan kemanusiaan di wilayah
01:05itu masih kritikal.
01:06Menurut laporan, Israel masih menguasai lebih 60% kawasan Gaza, manakala serangan dan operasi ketenteraan berterusan di beberapa lokasi.
01:16Pegawai kesihatan Gaza melaporkan lebih 1,150 rakyat Palestine, kebanyakannya orang awam, terbunuh sejak kejataan senjata berkuat kuasa.
01:26Dalam tempoh sama, empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata di Gaza.
01:32Pelan Damai yang dicadangkan Trump antara lain menuntut Hamas melucutkan senjata dan pengunduran tentera Israel secara berperingkat.
01:41Pelan itu juga mencadangkan pentadbiran Gaza dikendalikan oleh sebuah kerajaan teknokrat Palestine yang dipantau oleh sebuah badan dikenali sebagai lembaga
01:50keamanan.
01:51Bagaimanapun, rundingan melibatkan Hamas, Mesir, Qatar, Turki serta wakil lembaga keamanan setakat ini masih gagal mencapai kata sepakat bagi menamatkan
02:00konflik secara menyeluruh.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments