00:00Iran mendakwa telah melancarkan serangan drone terhadap pangkalan tentera AS di Jordan dan Bahrain sebagai tindak balas terhadap serangan Washington
00:09ke atas wilayahnya.
00:10Menurut kenyataan tentera Iran, serangan itu menyasarkan kemudahan tentera dan depo peralatan milik AS di kedua-dua negara.
00:20Di Jordan, Iran mendakwa menyerang bangunan yang menempatkan anggota tentera Amerika serta depo peralatan ketenteraan di pangkalan udara Al-Azraq.
00:28Sementara di Bahrain, sasaran yang didakwa diserang termasuk depo simpanan peralatan, silo serta hangar penyelenggaraan pesawat berat di pangkalan udara
00:37Syekh Isha.
00:39Pada masa sama, media Iran melaporkan beberapa letupan berlaku di Bushehir dan Tabriz manakala sistem pertahanan udara negara diaktifkan susunan
00:47serangan baharu AS.
00:49Komando Pusat AS atau Sengkompula maklumkan tenteranya berjaya melaksanakan malam ke-11 berturut-turut operasi serangan ke atas Iran.
00:57Washington mendakwa operasi tersebut bertujuan melemahkan keupayaan Iran untuk mengancam perkapalan komersial di Selak Hormuz.
01:05Iran bagaimanapun memberi amaran bahawa sebarang serangan ke atas kemudahan nuklear dan lokasi sensitif lain akan mengundang tindak balas yang
01:12lebih meluas.
Comments