Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Seorang pesara berusia 67 tahun kerugian RM150,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan yang menggunakan nama sebuah syarikat sukan terkenal. Mangsa dipercayai dipujuk melalui media sosial sebelum membuat beberapa transaksi ke akaun suspek.
Transcript
00:00Seorang lelaki beragak emas kerugian RM150,000 selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan yang menggunakan nama syarikat sukan terkenal dari hujung
00:09September tahun lepas.
00:11Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Muhammad Nazri Dawud, pesara berusia 67 tahun itu menekan pautan berkaitan pelaburan yang ditawarkan
00:19melalui sebuah laman media sosial sebelum dimasukkan ke kumpulan telegram.
00:23Ujannya, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan itu kerana menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan dan membuat transaksi wang ke akaun bank
00:31peribadi diberikan suspek berjumlah RM130,000 dari September 2025 hingga Jun lepas.
00:39Muhammad Nazri berkata, mangsa ingin mengeluarkan modal dan keuntungan pelaburan pada awal bulan ini namun suspek mengarahkannya untuk membuat beberapa
00:46transaksi bayaran sehingga RM20,000.
00:48Mangsa mula curiga apabila suspek masih meminta bayaran tambahan sedangkan dia belum menerima keuntungan yang dijanjikan.
00:57Lelaki itu membuat laporan polis dan kes disiasat muka Seksyen 420 Kanun Kesiksaan.
01:06Seksyen 420 Kanun Kesiksaan
Comments

Recommended