Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Kebocoran gas asli metana (CH4) dikesan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Perdana, Tudan, Miri, mencetuskan operasi pemantauan dan penilaian teknikal oleh JBPM bersama beberapa agensi bagi memastikan keselamatan kawasan.
Transcript
00:00Kebocoran gas yang dikesan keluar daripada sebuah lubang cerucuk di tapak pembinaan jalan perdana Tudan di Miri pada ahad disahkan
00:08sebagai gas asli metana CH4.
00:11Insiden menyebabkan beberapa agensi keselamatan menjalankan operasi pemantauan dan penilaian teknikal oleh beberapa agensi keselamatan.
00:21Menurut Ketua Balai Bomber dan Penyelamat BBP Lutong PBT2 Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 pagi
00:29sebelum sebuah jentera bersama anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan awal serta membuat bacaan parameter gas.
00:36Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomber menjalankan pemantauan di sekitar kawasan kerana tiada kebakaran atau letupan berlaku selain memastikan tahap
00:43keselamatan di tapak pembinaan sentiasa terkawal.
00:46Hasil ujian mengesahkan gas itu ialah gas asli metana CH4 dengan bacaan mencapai 100% had letupan bawah tepat di
00:54punca kebocoran.
00:56Henry berkata susulan keputusan itu operasi diteruskan pada sebelah petang dengan penglibatan pasukan bahan berbahaya Hazmat, Jabatan Bomber dan Penyelamat
01:04Malaysia GBPM dari Balai Bomber dan Penyelamat Bintulu bagi menjalankan penilaian teknikal yang lebih terperinci.
01:11Keputusan itu menunjukkan gas masih tertumpu di kawasan punca kebocoran dan pemantauan rapi perlu diteruskan.
01:16Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Bomber mengarahkan pemaju menutup sementara lubang cerucuk berkenaan sehingga Jabatan Mineral dan Geosains
01:24Malaysia menjalankan siasatan serta penilaian lanjut.
01:27Menurutnya operasi itu telah membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Sarawak Energi Berhad dan Petros bagi memastikan kawasan berkenaan berada dalam
01:34keadaan selamat.
01:35Terima kasih.
01:36Terima kasih.
01:36Terima kasih.
Comments

Recommended