Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang aktivis direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan menerusi media sosial yang berlaku pada Mac lalu.
Transcript
00:00Seorang aktivis di Rehman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan menerusi media sosial yang berlaku pada Mac
00:08lalu.
00:09Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, perintah Rehman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu bermula hari ini
00:18hingga esok dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cara Jenayah.
00:24Menurut beliau, perintah Rehman itu dikeluarkan oleh penolongkanan pendaftar Mahkamah Magistri Seremban, Nailah Nikrul Tamizi pada pagi tadi.
00:35Ujarnya, suspek ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:47Aktivis terbabit yang aktif memperjuangkan isu rumah ibadat di media sosial tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 9
00:56.40 pagi sambil diiring polis.
00:59Menurut keterangan kes, pengadu mendakwa menerima mesej daripada satu akaun Facebook yang dipercayai milik aktivis terbabit mengandungi cabaran untuk bergaduh
01:09serta unsur ugutan.
01:10Pengadu menyatakan dia tidak berniat menimbulkan sebarang pergaduhan namun berasa bimbang terhadap keselamatan dirinya dan keluarganya lalu membuat laporan polis.
01:22Al-Zafni berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
01:31Media semalam melaporkan polis mengesahkan lelaki itu dikatakan melarikan diri ke luar negara susulan kes ugutan menerusi Facebook menyerah diri
01:42di Ibu Pejabat Polis Daerah, Port Dickson.
Comments

Recommended