Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) didesak segera melaksanakan cadangan pembinaan kolam tadahan bagi menangani masalah banjir kilat berulang di Medan Selera 223, Seksyen 51A yang terus menjejaskan peniaga dan orang awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya MBPJ didesak menyegerakan langkah penyelesaian bagi menangani banjir kilat berulang di
00:09Medan Selera 223, Seksyen 51A.
00:13Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Taman Medan, Dr. Afif Bahardin berkata cadangan pembinaan kolam tadahan telah dibangkitkan sejak beberapa bulan
00:21lalu, susulan lawatan bersama pihak kaitan ke lokasi terjejas.
00:27Jelasnya cadangan pembinaan kolam tadahan dilihat sebagai antara langkah segera bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.
00:36Namun menurutnya sehingga kini tiada tindakan konkret dilaksanakan oleh MBPJ maupun Kerajaan Negeri.
00:42Dia mencadangkan kolam tadahan. Bahkan cadangan itu ditima baik oleh WBSKU ketika pertemuan itu.
00:49Selepas daripada pertemuan itu, ada beberapa siri mesyuarat yang telah dibuat oleh pihak majlis.
00:56Tetapi tidak ada maklumat rasmi tentang apa keputusan yang ingin dibuat di situ.
01:04Wahal pada saya, benda itu kalau dibuat kolam tadahan segera, belanja tak mungkin tak sampai berapa...
01:13Tidak perlukan kos yang terlalu tinggi pun, benda itu dapat mengurangkan impak itu sebelum kita cerita pelan yang kepanjang untuk
01:21selesaikan masalah banjir di situ.
01:23Beliau menjelaskan kapasiti sistem peparitan seri ada tidak lagi mampu menampung jumlah aliran air yang melalui kawasan tersebut terutama ketika
01:31hujan lebat.
01:32Beliau juga kecewa dengan tindakan lewat kerana masalah berkenaan telah berlaku berulang kali dan menjejaskan peniaga serta orang ramai.
01:41Sehubungan itu, Afif menggesa Exko Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izam Hashim serta MBPJ mempercepatkan pelaksanaan langkah penyelesaian yang telah
01:51dicadangkan.
01:52Medan selera 223 dilanda banjir kilat pada Sabtu menjadikan kejadian ketiga di lokasi tersebut dalam tempoh kurang tiga bulan.
02:02Terima kasih.
Comments

Recommended