00:00Demam final Piala Dunia FIFA 2026 memuncak apabila juara bertahan Argentina bakal berdepan Spanyol dalam aksi penentuan di Stadium New
00:09York, New Jersey, East Rutherford, Amerika Syarikat pada jam 3 pagi Isnin waktu Malaysia.
00:15Selain memburu gelaran dunia, kedua-dua pasukan turut berpeluang membawa pulang hadiah kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan apabila FIFA menawarkan
00:25wang tunai 50 juta dolar Amerika atau hampir 205 juta ringgit kepada juara edisi kali ini.
00:34Argentina mereka final selepas menewaskan England 2-1 pada separuh akhir, mankala Spanyol mengatasi Perancis 2-0 untuk mengesahkan tempat
00:43dalam aksi penentuan.
00:45La Albi Celeste memburu gelaran dunia keempat selepas kejayaan pada 1978, 1986 dan 2022, sementara Spanyol mengintai kejuaraan kedua sejak
00:562010.
00:57FIFA memperuntukkan dana keseluruhan berjumlah 727 juta dolar Amerika bersamaan kira-kira 2.98 bilion ringgit bagi Piala Dunia 2026.
01:08Daripada jumlah itu, 655 juta dolar diagihkan sebagai hadiah wang tunai kepada 48 pasukan bertanding meningkat 50% berbanding edisi
01:20sebelumnya.
01:20Naib juara bakal bawa pulang 33 juta dolar.
01:24Pasukan di tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima 29 juta dolar serta 27 juta dolar.
01:32Setiap negara yang layak pula dijamin menerima sekurang-kurangnya 10.5 juta dolar, termasuk geran persediaan sebanyak 1.5 juta
01:40dolar.
01:41Malah pasukan yang tersingkir seawal pusingan pertama tetap menerima 9 juta dolar.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments