Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Keputusan supaya menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan, meletak jawatan sekiranya menyerang kerajaan, dibuat selepas menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof pada Sabtu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan
00:08supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan kerajaan persekutuan ketika berkempen pada pilihan raya negeri.
00:16Beliau berkata, mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara itu akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang.
00:25Katanya, keputusan itu dibuat selepas beliau menghubungi timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ahmad Zaid Hamidi dan Dato' Sri Fadillah Yusof
00:34pada Sabtu.
00:35Kalau dia ingat persekutuan, kalau dia pegang jawatan di perikan persekutuan, kemudian dia tak boleh serang menjadikan ini sebagai satu
00:46medan politik menyanggah kerana dia kena jaga juga disiplin.
00:50Kalau dia pilih nak buat begitu, dia harus undur daripada jawatan dia sebagai menteri atau timbalan menteri atau pemegang agensi.
00:58Jadi tak kira mana-mana bawah Felda, bawah saya ataupun Mara ataupun Rizda, mana-mana agensi lah ya.
01:08Kita kena jaga supaya jangan langgar usia itu kerana kalau ada kelanggaran itu, saya akan minta mereka undur.

Recommended