Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa soal pelantikan menteri adalah budi bicara Perdana Menteri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pilihan raya negeri Negeri 9 ke-16 dihangatkan dengan beberapa kenyataan oleh pemimpin politik sepanjang dua hari tempoh kempen berlangsung.
00:10Farhan Hakimi yang berada di Johor membawakan perkembangan terkini termasuk kenyataan balas naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan,
00:18Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin mengenai kenyataan peranan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi amaran kepada mana-mana menteri,
00:25timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan kerajaan persekutuan ketika berkempen pada
00:35PRN.
00:36Silakan Farhan.
00:39Baik terima kasih rakan setugas di Bukit Jalil.
00:42Kalau orang tak suka, buat apa nak tunggu?
00:45Itu antara yang diperkatakan oleh naib Presiden UMNO yang juga merupakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin
00:52ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal ahad
01:00yang memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan
01:07supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan kerajaan perpaduan ketika berkempen dalam pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16.
01:18Beliau menegaskan, pelantikan menteri adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.
01:22Itu apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin.
01:25Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pengenalan calon dan pelancaran jentera barisan nasional N19 di Johor.
01:34Dan mungkin kita boleh dengarkan sedikit sedutan apa yang beliau katakan.
01:38Saya percaya bahawa sebenarnya tak perlu kerana ini adalah pilihan raya peringkat negeri
01:45dan sewajarnya perkara-perkara yang ada kaitan terutamanya negeri dan hala tuju negeri.
01:53Jadi memang tak sewajarnya ia menjadi platform untuk berlakunya serang-menyerang.
02:03Dan seperti yang ditekankan oleh pengurusi barisan nasional, Presiden UMNO,
02:11kempen barisan nasional perlu secara berkhidmat.
02:15Dan mohon penting kerana sebenarnya kita nak minta supaya rakyat memberi pertimbangan yang betul,
02:25yang baik, yang tepat kerana ia merupakan satu pendirian dan keputusan yang dibuat oleh rakyat
02:34yang akan mempengaruhi masa hadapan kehidupan mereka.
02:40Saya percaya, setiap saya kata itu soal pelantikan menteri semua boleh bicara.
02:47Kalau orang dah tak suka, awak pun nak tunggu.
02:51Baik, selain itu, beliau turut mengulas laporan media yang berlapukan
02:55Malaysia akan terus mempertahankan hak kedaulatan negara.
02:58Susulan dawaan sebuah negara bahawa sebahagian kawasan dalam wilayah Malaysia adalah milik mereka.
03:07Dan menegaskan, tiada ancaman keselamatan yang membimbangkan susulan pertikaian tuntutan bertindih di Laut Cina Selatan.
03:15Sebaliknya, Malaysia akan terus memperkukuh kedudukan bagi mempertahankan kedaulatannya.
03:22Kalau kita lihat, laporan itu menyebut Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan
03:26yang berkata, Malaysia baru-baru ini telah menghantar satu nota diplomatik
03:30yang disifatkan sebagai amat keras kepada negara yang tidak disebutkan secara terang-terangan.
03:38Dan Datuk Seri Mohd Hassan juga menegaskan,
03:41dawaan itu tidak berasas kerana penduduk wilayah berkenaan telah mengadakan referendum
03:46yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
03:49Mungkin kita boleh dengarkan sedikit serutan apa yang Datuk Seri Mohd Khalid Nordin katakan.
03:54Bantahan itu sentiasa kita hidupkan dan kita tak benarkan ia
03:59kalau ada apa-apa statement sebagainya,
04:02berlalu begitu tanpa kita tunjukkan kita punya stand.
04:07Dan memang kita juga terima bantahan
04:10daripada negara-negara yang lakukan tuntutan bertindih
04:15dalam kawasan kita yang dikata dia punya juga.
04:18So ini merupakan satu perkara yang memang perlu dibuat.
04:22lebih-lebih lagi negara itu baru-baru ini telah membuat pengumuman
04:27bahawa kawasan lautnya termasuk beberapa pulau yang kita membeli.
04:34Jadi kita kena buat bantahan.
04:36Ancaman keselamatan ke dia?
04:37Dari segi ancaman keselamatan seperti yang kita sedia maklum,
04:40kita telah pun mengukuhkan kedudukan kita di Pulau Lelayang.
04:45kita juga akan memasang radar di kawasan itu
04:54untuk kita mempunyai keupayaan melakukan surveillance yang lebih kukuh.
05:01baik tentunya perkembangan ini anda boleh baca laporan lengkapnya
05:05di semua platform Isro Awani dan juga tentunya kami akan bawakan
05:09tinjauan mengenai masyarakat di beberapa kawasan dun di Negeri Sembilan.
05:15Saya khususnya akan memantau ataupun meninjau keadaan masyarakat
05:20di sekitar semua kawasan-kawasan dun yang berada di bawah Parlimen Jelebu
05:24dan juga di bawah Parlimen Kuala Pilar Saikiri.
05:27Itu saja untuk jam ini kita kembali ke Rakan Setugas.

Recommended