Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menurut Ahli Parlimen Bachok itu, PH tidak sepatutnya mencampuri atau cuba menentukan pendirian politik UMNO dan BN yang merupakan sekutu dalam Kerajaan Madani.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ahli Parlimen Bacuk, Syahir Cik Sulaiman mengifatkan desakan Pemuda Pakatan Harapan supaya Menteri daripada Barisan Nasional meletakkan jawatan sebagai tindakan
00:10yang janggal dan keterlaluan.
00:13Tegas beliau, PH tidak sepatutnya mencampuri atau cuba menentukan pendirian politik UMNO dan Barisan Nasional yang merupakan sekutu dalam kerajaan
00:25madani.
00:27Syahir mempersoalkan mengapa PH begitu gelisah di Putrajaya sedangkan kerjasama Perikatan Nasional dan BN setakat ini hanya terhad kepada persefahman
00:36bagi menghadapi pilihan raya negeri Negeri Sembilan ke-16.
00:40Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa isu peletakan jawatan tidak timbul ketika BN dan PH bertembung di 56 kerusi pada PRN
00:49Johor sebelum ini.
00:50Menurut Syahir, persefahaman PHBN di Negeri Sembilan bertujuan mengelakkan pertindihan kerusi, memperkukuh penyatuan UMH serta menawarkan alternatif kepada pentadbiran PH.
01:02Jelasnya, sebarang bentuk kerjasama PNBN selepas PRN Negeri Sembilan masih berada pada peringkat ujian formula.
01:09Ketika ini, semua pihak memilih pendekatan berhati-hati dengan mengambil kira pandangan akar umbi.
01:14Mengakhiri kenyataan, Syahir mendakwa keyakinan terhadap kerajaan badani semakin terhakis dan menyifatkan Perdana Menteri serta PH kini berdepan penilaian rakyat
01:24khususnya pengundi Melayu.
01:26Pada Sabtu, Pemuda PH mendesak semua menteri dan timbalan menteri daripada BN meletakkan jawatan susulan kerjasama terbuka gabungan itu dengan
01:33PN dalam PRN Negeri Sembilan dan Johor.
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended