Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Peluang pekerjaan yang pelbagai dalam pelbagai sektor industri menjadi antara harapan warga belia DUN Bagan Pinang.

Ini bagi memastikan golongan itu disediakan pilihan bertepatan dengan kelayakan, malah membolehkan penghijrahan belia ke bandar bandar besar tidak kekal menjadi tren.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peluang pekerjaan yang pelbagai dalam pelbagai sektor industri menjadi antar harapan warga belia Don Bagan Pinang.
00:07Ini bagi memastikan golongan itu disediakan dengan pilihan yang bertepatan dengan kelayakan,
00:13malah membolehkan penghijahan belia ke bandar-bandar besar tidak kekal menjadi tren.
00:20Syaf Syukri ada buktirannya langsung kami bawakan dari Pondiksen.
00:24Syaf Syukri, apa cerita jumpa dengan anak-anak muda ini, cerita pasal masa depan dan juga pekerjaan.
00:28Kongsikan bersama kami.
00:33Terima kasih Zul di Bukit Jalil.
00:35Pastinya Zul di tengah-tengah kehangatan perjalanan kempen pilihan raya negeri 9 ke 16 ini,
00:41pastinya kami rakan seperjuangan yang berada di lapangan tidak lupa untuk mendapatkan antara kisah dan aspirasi rakyat.
00:50Dari pagi tadi, Alhamdulillah, beberapa kisah aspirasi dan coretan inspirasi telah kami bawakan
00:55untuk hari kedua perjalanan kempen pilihan raya negeri 9 ke 16 ini.
01:00Dan pastinya, saya yang kini berada di Pondiksen, berada secara spesifiknya tadi, membuat tinjauan di Don Bagan Pinang untuk melihat
01:08suasana dalam aspek,
01:11beberapa aspek-aspek utamalah.
01:13Contohnya, Zul, kita melihat kepada suara anak muda, kita melihat kepada apa dapatan yang kita peroleh
01:19menerusi pandangan daripada pelancong yang datang ke pantai yang berada di sekitar Bagan Pinang khususnya di dalam Pondiksen ini
01:25dan juga kita dapatkan suara peniaga bagaimana sektor pelancongan mampu memberi limpahan ekonomi yang baik kepada peniagaan mereka, Zul.
01:34Khususnya kita tahu juga di Pondiksen ini terkenal ramai orang datang berhujung minggu untuk mandi-manda di Pantai Pidi
01:40dan pastinya bagaimana itu antara kisah yang kita bawakan, Zul, dan akan saya kongsikan.
01:45Untuk malam ini, pastinya kita membawa sedikit tease mengenai antara perjumpaan saya dengan golongan belia di Don Bagan Pinang.
01:52Kebetulannya tadi ada game sepak takruh, Zul.
01:55Zul, jadi saya berkesempatan untuk bersama dengan mereka dan kita tanyakan juga beberapa perkara utamalah
02:00apa aspirasi mereka melihat perjalanan pilihan raya ini, tokoh dan pemimpin yang bagaimana yang akan dipilih
02:07dan apa yang boleh dilakukan untuk membawa perubahan yang baik kepada golongan muda.
02:13Dan pastinya, Zul, kita mendapatkan beberapa suara anak muda di sana melihat kepada
02:19kalau kita tahu Negeri Sembilan ini tidak jauh lokasinya dengan Kuala Lumpur
02:22dan pastinya kita tahu juga penghidrahan anak muda ke bandar-bandar besar ini ibarat satu tren
02:27kerana ingin mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik, gaji yang lebih lumayan dan juga pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan.
02:33Dan ini antara suara yang kita dengarkan di Don Bagan Pinang tadi, Zul.
02:36Mungkin kita boleh dengarkan terlebih dahulu.
02:37Untuk peluang pekerjaan di Port Risa ini saya rasa masih lagi banyak.
02:42Kita ada sektor pelancongan, sektor kilang, sektor industri, macam-macam.
02:49Sebab kita ada patron, jimah stesen pun ada, kita ada patron, kita ada shell,
02:55and then kita ada airboat, and then kita ada hotel.
03:00So, sikit sebanyak dapat membantu anak-anak tempatan khususnya Bagan Pinang
03:04untuk mendapatkan peluang pekerjaan lah.
03:07Cuma kita harap dengan adanya pemimpin-pimpin yang baru, menang ataupun kalah, siapa menang lah,
03:15dapat memberikan satu, orang kata, satu sutikan yang baik kepada belia khususnya Bagan Pinang lah.
03:21Pertama, kita melihat contohnya, kita berada di kawasan Don Bagan Pinang.
03:26Don Bagan Pinang ini, industri-nya hanya tertumpu kepada pelancongan hotel dan juga F&B.
03:33Tetapi, kita perlu membawa industri-industri berat tentang teknologi, orang kata perkilangan,
03:41supaya memberi ruang pekerjaan kepada anak muda.
03:44Sebab kita tahu di Bagan Pinang ini banyak taman-taman, tetapi anak muda kena perlu keluar ke Seremban.
03:49Mungkin paling dekat, mereka perlu pergi ke Lukut, ke Pekan PD untuk mendapat pekerjaan.
04:22Terima kasih kerana menonton!
04:25Ini angka yang cukup besar dan kita juga ada dapatkan pandangan.
04:30Kebetulan tadi saya berkesempatan untuk menemubual Ahli Parlimen Paul Dixon atau Menteri Besar Negeri Sembilan
04:38yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Linggi untuk mendapatkan perspektifnya
04:42kerana beliau memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Paul Dixon
04:46dan pastinya apa perancangan yang dilakukan untuk daerah Paul Dixon ini
04:50menjadi titik utama kepada aspek-aspek yang disuarakan
04:54dan juga perkara-perkara utama yang disuarakan oleh golongan belia ini.
04:57Dan pastinya antara fokus utama Datuk Sri Aminuddin Harun sebentar tadi
05:02ialah pembangunan ataupun projek pecah tanah yang baru-baru ini berlaku di kawasan pasir panjang
05:07yang juga berada di dalam daerah Paul Dixon
05:09di mana ia merupakan projek pelabuhan kontena AI
05:12yang pertama yang bukan sahaja dibangunkan sebagai satu pelabuhan baru
05:21sebaliknya memenuhi keperluan strategik negara dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara maritim.
05:26Kita dengarkan selain daripada itu apa lagi antara projek yang sedang dirancang dan dibangunkan
05:32di sekitar daerah Paul Dixon ini, Zul.
05:34Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kawasan perindustrian yang baru
05:39contohnya di Spring Hill, kita ada kawasan perindustrian yang baru
05:45kita juga di kawasan tersebut akan merancang 400 seka
05:49untuk kawasan data center
05:52ini juga akan memberi peluang kepada anak-anak muda mendapatkan pekerjaan
05:57dan kita juga telah dengan kerjasama pihak swasta
06:03bangunkan kawasan perindustrian di Bukit Pelanduk
06:07iaitu kawasan di daerah Paul Dixon juga
06:09ini juga kawasan perindustrian yang kita rasa mendapat permintaan yang tinggi
06:15yang dibangunkan oleh Eco World sendiri
06:17jadi itu antara yang sedang berlaku dan sedang berlaku juga
06:22adalah pembesaran Lexus Hibiscus 2
06:26kita sedang maklum Lexus Hibiscus 2 juga
06:29mendapat perhatian yang besar dengan pelaburan 2 bilion ringgit
06:34jadi ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda tempatan
06:43baik Zul, itu antara perkongsian dari Ahli Parlimen Polisen
06:47Datuk Sri Aminuddin Harun
06:49yang juga akan bertanding di gelanggang pilihan raya Negeri 9 ke-16 ini
06:54untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Linggi
06:56pastinya Zul, itu antara teaser daripada beberapa kisah penceritaan
07:00yang akan saya bawakan untuk hari esok dan hari-hari mendatang
07:03kita dapat banyak respon daripada masyarakat setempat
07:06yang begitu teruja untuk berkongsikan aspirasi mereka
07:09dan saya pasti rakan setugas yang lain yang berada di lapangan
07:11akan membawakan banyak lagi kisah aspirasi
07:14kisah apa ini, apa saja yang menjadi aspirasi dan juga harapan rakyat
07:19menjelang pilihan raya Negeri 9 ke-16 ini
07:21dan pastinya esok kami akan membawakan juga fokus
07:24kepada pengumuman manifesto Pakatan Harapan
07:26yang akan berlangsung jam 8 malam
07:28dan laporan ini akan dibawakan oleh rakan saya di Seremban, Ashraf Malik
07:32dan semestinya banyak lagi perkembangan lain
07:34akan terus kami bawakan di astrawani.com
07:36di saluran 501 dan di semua platform media sosial Astrawani
07:40khusus untuk Negeri 9 memilih
07:42kembali bersama Zul di Bukit Jalil
Comments

Recommended