Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
IRGC mendakwa dua kapal terbabit kemalangan selepas melalui laluan tidak dibenarkan di Selat Hormuz, manakala dua lagi mengubah haluan selepas mengabaikan amaran pihak berkuasa Iran.
Transcript
00:00Ketegangan di Selat Hormuz terus memuncak apabila pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa berlaku insiden melibatkan empat kapal yang cuba
00:11melalui laluan perkapalan di kawasan itu.
00:13Teheran pada masa sama menegaskan kawalan keselamatan di laluan strategik tersebut kekal berada di bawah seliaannya selain mengeluarkan amaran kepada
00:22kapal yang tidak mematuhi arahan pihak berkuasa Iran.
00:27Dalam kenyataan yang disiarkan televisyen negara Iran pada ahad, IRGC mendakwa empat kapal bertindak mematikan sistem navigasi dan mengabaikan amaran
00:37yang dikeluarkan pusat kawalan Selat Hormuz.
00:40Menurut IRGC, dua kapal dilaporkan terlibat dalam kemalangan dan berhenti di lokasi, manakala dua lagi mengubah haluan serta membatalkan laluan
00:49yang dirancang.
00:50IRGC turut mendakwa tindakan kapal berkenaan dilakukan dengan sokongan AS serta bertujuan mencetuskan gangguan di laluan perkapalan strategik itu namun
01:01dawaan tersebut tidak dapat disahkan secara bebas.
01:04Pasukan itu sekali lagi menegaskan semua pergerakan kapal yang membawa minyak, gas dan bahan kimia melalui Selat Hormuz perlu diselaraskan
01:14dengan pihak berkuasa Iran sambil memberi amaran kapal yang menggunakan laluan tidak dibenarkan berdepan risiko kemalangan.
Comments

Recommended