Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Barisan Nasional akan memberi tumpuan kepada pembangunan, pendidikan, kesejahteraan rakyat dan usaha menangani kos sara hidup menerusi manifesto PRN Negeri Sembilan, termasuk memperkasa peniaga kecil bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi negeri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Barisan Nasional BN akan memberi tumpuan kepada pembangunan, pendidikan, kesejahteraan rakyat dan usaha menangani kos sehari hidup
00:08menerusi Manifesto Pilihan Raya Negeri PRN Negeri Sembilan.
00:13Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata,
00:18Manifesto BN kali ini berlandaskan pendekatan WayForward dengan penambahbaikan kepada beberapa segmen yang memberi manfaat kepada rakyat.
00:28Seperti yang kita hadapi sekarang ini dalam kerajaan perpaduan bagi tempoh 2 tahun 8 bulan,
00:34secara keseluruhannya peratusan itu adalah daripada Manifesto Barisan Nasional yang telahpun kita terjemahkan.
00:41Maka pada kali ini penambahbaikan kepada beberapa segmen tentunya yang berkaitan dengan pembangunan, pendidikan, kesejahteraan dan juga kestabilan rakyat itu
00:54diberikan perhatian.
00:55Apatah lagi kepada perkara-perkara yang melibatkan pendapatan untuk menyelesaikan masalah kos hari hidup rakyat,
01:02terutamanya di kalangan orang yang miskin, di kalangan orang susah dan sebagainya.
01:07Dan juga menaik taraf peniaga-peniaga kecil kita supaya mereka boleh menjana pendapatan yang sesuai untuk menambahbaikan keadaan dan juga
01:17penambahbaikan ekonomi negeri.
01:20Menurutnya keselesaan dan kesejahteraan masyarakat di peringkat akar umbi menjadi asas penting kepada kestabilan negeri dan membolehkan kerajaan mentadbir dengan
01:30lebih berkesan.
01:31Manifesto BN bagi PRN Negeri Sembilan dijangka dilancarkan pada 24 Julai ini di Dunlinggi.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended