00:00Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Faridz Naziri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ECRDC
00:12yang baru berkuatkuasa 15 Julai bagi menggantikan Datuk Batzawi Cemat.
00:17Menterinya Ahmad Nasrullah Mohd Nasir berkata pelantikan itu bertepatan dengan permulaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2026-2030
00:29yang akan memandu pembangunan wilayah secara lebih mampan, inklusif dan berdaya saing.
00:36Ujarnya kepimpinan baru ECRDC akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek pemangkin, pemudah caraan pelaburan berkualiti serta pengukuhan kerjasama antara kerajaan
00:46persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta.
00:49Kata Akmal, pelantikan ini dibuat pada fasa penting pelaksanaan agenda pembangunan ECR.
00:54Ujarnya pengalaman Syamsul Faridz dalam pelaburan, infrastruktur dan pengurusan projek berskala besar diakini dapat memperkukuh keupayaan ECRDC untuk melaksanakan mandat
01:04ini dengan berkesan dan berorientasikan hasil.
01:07Ujarnya pengalaman Syamsul Faridz dalam pelaburan, infrastruktur dan pengurusan projek berskala besar diakini dapat memperkukuh keupayaan ECRDC untuk melaksanakan mandat
01:17ini dengan berkesan dan berorientasikan hasil.
01:21Menurut nyataan itu, Syamsul Faridz akan mengetuai usaha memudah cara pelaburan, pelaksanaan projek pembangunan pemangkin serta program sosioekonomi di seluruh
01:29wilayah ekonomi Pantai Timur.
01:31Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam sektor hartanah, infrastruktur dan pelaburan termasuk dalam bidang tatbir urus korporat, strategi komersial,
01:41pengurusan pelaburan serta pelaksanaan projek berskala besar.
01:44Sebelum menyertai ECRDC, beliau pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di Pelaburan Hartanah Berhad dan Prolintas selain berkhidmat di Prasarana Malaysia
01:53Berhad, Bombardier Transportation serta Skomi Group Berhad.
Comments