Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan menziarahi adik Aulia Sofea Ahmad Syafiq yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya membabitkan Proton X50 dan lori tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlisah Sultan Salehuddin berkenan menziarahi adik Aulia Sofia Ahmad Syafiq
00:08yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya membabitkan Proton X-50 dan lori tanah di Kampung Baru
00:16Pinang Tunggal, Sungai Petani Kedah.
00:19Turut berangkat Raja Puan Muda Kedah, Cepuan Muda Zahidah Muhammad Arif dan anak-anak Tengku Zahra Bahiyah, kekediaman Aulia Sofia
00:28di Taman Bandar Putra bertam di Pulau Pinang pada Sabtu.
00:33Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan keperluan asas serta membuka akaun skim simpanan pendidikan nasional SSPN untuk adik Aulia Sofia.
00:42Aulia Sofia yang berusia 3 tahun kini berada dalam jagaan ibu saudaranya dan sumbangan keperluan asas sekaligus dapat membantu meringankan
00:52beban keluarga yang menjaganya.
00:56Terima kasih terharu lah kami sebab kami tak bisa pun sepulang ni macam tu.
01:01Ucap ribuan terima kasih lah kat Tuan Kee, sudi Zahra terlatak kami.
01:11Pihak hospital, berita. Cuma kami tunggu je dengar, memang betul.
01:25Menurut Siti Nur Atika, Aulia Sofia mengalami kecederaan di kepala, mata kanan dan kaki masih memerlukan rawatan susulan di hospital
01:34Sutana Bahiyah, Alosetar.
01:36Aulia Sofia satu-satu mangsa terselamat dalam nahas tragedis membabitkan Proton X-50 dan lori tanah di kampung baru Pinang
01:45Tunggal, Kedah yang mengorbankan enam sekeluarga termasuk kedua-dua ibu dan bapanya pada 7 Jun lepas.
01:54Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended