Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ikuti perkembangan terkini di Pusat Penamaan Calon bagi PRN Negeri Sembilan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dari Kelawang, kita ke Rembau pula bersama Syahada Khadir di Dewan Seri Rembau.
00:06Syahada, sebab pagi kalau ikut visual di belakang nampaknya macam...
00:10Meriah.
00:11...susana dah mula hidup dah atau kita je kat studio ni yang terlebih semangat.
00:15Macam mana?
00:20Betul Cici dengan Fizy.
00:21Dan sebenarnya daripada tadi, kalau saya boleh kongsikan dulu,
00:26kalau tadi dapat kita lihat dalam visual tadi, penyokong Pakatan Harapan sudah mula berarak.
00:30Tetapi yang menariknya, mungkin sedikit berbeza dengan pilihan raya-pilihan raya sebelum ini
00:35kerana kalau di Negeri Sembilan ini, tumpuannya di 8 pusat penamaan calon
00:39kerana semua 36 kerusi ini, pusat penamaan calonnya disatukan mengikut Parlimen.
00:44Dan ketika ini saya berada di Dewan Seri Rembau untuk Parlimen Rembau
00:49melibatkan 4 kerusi di bawah Parlimen Rembau.
00:51Dan saya boleh katakan, jauhan saya sejak pagi tadi, petugas-petugas SPR,
00:56petugas-petugas keselamatan, selain petugas media,
00:59sudah mula memenuhi sekitar perkarangan Dewan Seri Rembau ini sejak 6.30 pagi tadi.
01:03Dan menariknya kalau saya boleh kongsikan kerana kita tahu jajaran politik kali ini
01:07sedikit berbeza kerana melibatkan pepecahan beberapa parti.
01:09Kalau kita tahu, sebelum ini Bersatu dan PAS berada di bawah gabungan yang sama,
01:13di bawah Perikatan Nasional.
01:14Dan tetapi kali ini Bersatu telah mengumumkan semalam meletakkan 24 calon
01:18di 36 kursi dan Bersatu akan bertanding, kali pertama bertanding menggunakan logo seri.
01:23Dan dapat kita lihat kemeriahan bendera.
01:25Mungkin saya juga berada pada pilihan raya negeri Johor baru-baru ini,
01:30mungkin perang benderanya sedikit kurang.
01:32Kerana kita tahu parti-parti yang bertanding itu tidak banyak.
01:34Tetapi kali ini sedikit berbeza di Negeri Sembilan.
01:37Mungkin sesuatu yang menarik boleh kita tengok sepanjang 2 minggu kempen ini.
01:40Kalau dapat saya kongsikan, kalau tadi kita dapat lihat
01:42penyokong-penyokong Pakatan Harapan sudah mula berarak.
01:45Dan apa yang saya boleh katakan, perjalanan untuk penyokong-penyokong itu lebih sistematik.
01:49Apa yang saya boleh katakan,
01:50Pertugas-Pertugas Keselamatan sudah mengatur.
01:52Kalau di belakang ini kalau dapat dilihat bendera-bendera Barisan Nasional
01:55dan ada beberapa spot ataupun ruang laluan yang diasingkan penyokongnya,
02:00di belakang ini saya difahamkan untuk ruang untuk penyokong-penyokong Barisan Nasional
02:04dan di depan saya adalah penyokong-penyokong Pakatan Harapan.
02:07Dan kalau di sebelah kiri saya juga disediakan ruang untuk penyokong
02:10perikatan nasional, gabungan perikatan nasional dan juga penyokong-penyokong
02:14bagi calon-calon bersatu.
02:17Dan ketika ini saya boleh katakan hanya penyokong-penyokong Pakatan Harapan
02:21yang sudah mula memenuhi sekitar pengarangan Dewan Seri Rembau ini
02:24untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang akan dipertaruhkan
02:27di empat kerusi dun di dalam Parlimen Rembau ini.
02:31Mungkin kameraman boleh tunjukkan sikit suasana.
02:34kalau di sebelah kiri saya ini masih lagi sunyi, masih lagi sepi
02:38untuk penyokong saya difahamkan mereka baru sahaja sampai
02:41tapi kita mungkin tak nampak visual itu lagi untuk penyokong PN dan juga penyokong bersatu
02:46kerana mereka baru sahaja berarap untuk ke ruang yang disediakan.
02:49Tetapi kalau di depan saya memang cukup meriah suasananya
02:52kalau dilihat bendera-bendera juga memang meriah, bendera-bendera Pakatan Harapan
02:57mungkin saya sedikit saya boleh kongsikan di Parlimen Rembau ini
03:01antara kerusi yang menjadi tumpuan adalah kerusi Don Rantau
03:06yang mana kita tahu Barisan Nasional meletakkan calon giant killer-nya
03:09Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhammad Hassan
03:11yang sekali lagi dia beri mandat oleh parti untuk bertanding
03:14dan untuk Pakatan Harapan meletakkan atau mempertaruhkan calonnya Dr. Azizul Hakim
03:21dan selain Don Rantau yang menjadi tumpuan
03:24tumpuan lain di Parlimen Rembau ini ialah Don Paroi
03:27yang mana Don Paroi ini seperti yang rakan tugas kita Syaf tadi sebutkan
03:32Don Paroi ini merupakan jumlah pengundinya teramai
03:35sekitar 64,000 daftar pemilih berbanding untuk kesemua 36 kerusi Don
03:41di dalam Negeri Sembilan ini Paroi merupakan jumlah pengundi teramai
03:45yang mana kalau Don lain purata pengundinya sekitar 15 hingga 30,000
03:49tetapi di Don Paroi ini jumlah pengundinya sekitar 64,000
03:53dan pada kali ini Pakatan Harapan mempertaruhkan Setiausaha Akbar Menteri Besar
03:57iaitu Ustaz Syahir yang ramai yang menggelanya memanggilnya
04:04dan kalau kita tengok pada pelakat-pelakat yang dibawa oleh penyokong-penyokong
04:07Pakatan Harapan ini banyak pelakat-pelakat sudah pasti ramai
04:11penyokong Ustaz Syahir di Don Paroi ini
04:13kerana kita tahu Don Paroi ini kalau mengikut trendnya
04:16sejak selain yang menariknya tumpuan di Don Paroi ini
04:19selain jumlah pengundinya teramai 64,000 di Don Paroi ini sahaja
04:22tumpuan lain adalah sejauh mana sokongan pengundi-pengundi ini
04:26adakah sentimen parti ataupun sentimen calon
04:29lebih mempengaruhi 64,000 pengundi di Don Paroi ini
04:32kerana kalau melihat trendnya sejak 2004 lagi
04:35Don Paroi ini sering bertukar tangan daripada PAS kepada BN
04:39kemudian berpindah tangan kepada Pakatan Harapan
04:42kemudian berpindah semula kepada Perikatan Nasional
04:45yang mempertaruhkan calon PAS pada PRN 2023 yang lalu
04:49dan sudah pasti itu yang kita akan beri tumpuan
04:52dan selain itu juga dua lagi kerusi Don lain
04:55Don Cembung dan Don Kota juga kita akan beri tumpuan
04:58tetapi sudah pasti di Dewan Sri Rembau ini
05:00tumpuannya adalah di kerusi Don Rantau
05:03dan juga di Don Paroi ini
05:06dan kalau kita lihat jajaran politiknya
05:09ataupun polemik di Negeri Sembilan ini
05:10berbeza daripada Johor dan juga
05:12dan trendnya berbeza daripada
05:14kalau kita nak bandingkan dengan PRN 2023 yang lalu
05:17dan sudah pasti hari ini segalanya langkah itu bermula
05:20di hari ini kita akan menyaksikan
05:22Don Rantau setakat ini kita tahu
05:23pertumbungan dua penjuru setakat ini
05:26mungkin kita tak tahu kalau ada kejutan saat-saat akhir
05:28mungkin ada bebas yang akan bertanding
05:29kita tidak tahu segala kemungkinan boleh berlaku
05:31tetapi sudah pasti
05:34keputusannya ataupun sama ada berapa banyak penjuru
05:37di Don Rantau, di Don Paroi, Don Cembung dan Don Kota ini
05:40kita akan tunggu sehingga pukul 10 pagi ini
05:43mungkin Gigi setakat ini itu saja saya boleh kongsikan
05:47dan setakat ini kita masih lagi menunggu penyokong-penyokong
05:50sudah pasti kalau tadi Pakatan Harapan
05:52sudah datang dengan gelombang merahnya
05:55dan kita sedang menunggu gelombang biru pula
05:57yang saya difahamkan mereka akan sampai
05:59bila-bila masa di belakang saya ini Gigi
06:01dan kita akan pasti kita akan bagikan visual langsung
06:04di Dewan Sri Rembau ini Gigi dan Fizi
06:06baik terima kasih Syohada
06:07kita akan beri ruang untuk Syohada
06:09memantau ketibaan rombongan
06:11nanti kalau sesana dah meriah
06:12Syohada panggil balik kami
Comments

Recommended